Wednesday, December 26, 2007



Pendaftaran untuk kelas tuisyen sesi 2008 dibuka sekarang.

Masa: Isnin-Jumaat,5pm-8.30pm Sabtu & Ahad, 9.30am-2pm

Pendaftaran adalah percuma kepada pelajar-pelajar Pusat Tuisyen Harmoni. Kami juga mengadakan pakej istimewa untuk adik-beradik, iaitu diskaun 10% untuk yuran sepanjang tahun. Selain itu, bagi ibu/bapa/penjaga yang membayar yuran tuisyen untuk 3 bulan sekaligus akan mendapat diskaun 10%. Kami berharap langkah kami ini dapat mengurangkan beban ibu/bapa/penjaga


Sila hubungi 012-6568810(Hanafi) untuk keterangan lanjut.

Tuesday, December 18, 2007

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua, semoga amalan ibadah Qurban Tuan/Puan diterima Allah SWT dan kepada sahabat-sahabat dan kaum keluarga yang pergi menunaikan ibadah haji semoga mendapat haji mabrur.

Jika Tuan/Puan memandu pulang pada musim perayaan ini, sila pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik dan anda memandu dengan selamat.

Tuesday, December 04, 2007

Tahniah atas pencapaian anda mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR 2007.

Kejayaan anda, kebangaan kami.


  1. Muhammad Nur Hidayat, SK Pandan Indah 5A
  2. Hilman Fikri, SK Tmn.Melawati 1, 5A
  3. Nazira Shahira, SK Tmn.Melawati 1, 5A
  4. Fatimah Aminah, SK. Tmn.Permata, 4A
  5. Mohd.Azfar Haziq,SK Tmn.Melawati 1, 4A
  6. Alyana Rabitah, SK. Lembah Keramat, 3A
  7. Nufitrah Rosli, SK. Tmn.Permata, 3A
  8. Amirul Ariff, SK Tmn.Permata, 2A
  9. Muhammad Fathi, SK. Tmn.Permata, 2A
  10. Muhd.Saffanizan, SK. Lembah Keramat, 2A
  11. Mohd.Hazin, SK. Tmn.Permata, 1A
  12. Muhammad Nazmi, SK. Tmn.Permata, 1A


Thursday, November 29, 2007

Kelas KAFA Cuti Sekolah

Sempena cuti sekolah ,Pusat Tuisyen Harmoni Gemilang akan mengadakan Kelas KAFA.Kelas ini diadakan khas kepada golongan kanak-kanak dan remaja yang ingin belajar atau memperbaiki bacaan Al-Quran mereka dan juga memantapkan pengetahuan Fardhu Ain mereka.


kelas KAFA cuti sekolah yang memberikan penekanan pada pembacaan Al-Quran melalui kaedah Qiraati iaitu cara belajar membaca al quran secara cepat dan tartil. Qiraati telah terbukti dapat dipelajari dengan mudah oleh kanak-kanak seusia 4 tahun ke atas.


Pendaftaran dibuka sekarang!!!
Kelas bermula pada
Disember 2007.

Hari: Setiap Isnin, Selasa,Rabu dan Khamis
Masa: 9:00pagi-11pagi


Yuran Pendaftaran: RM35
Yuran Bulanan: RM120

Tuesday, November 06, 2007




Intensif Cuti Sekolah (UPSR, PMR&SPM) November /Disember 07

Pusat Tuisyen Harmoni Gemilang akan menganjurkan program intensif cuti sekolah khas untuk murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM tahun 2008.

Objektif:

  • Menjadikan pelajar lebih fokus kepada topik-topik penting.
  • Memberi pemantapan dan keyakinan pada pelajar untuk menghadapi PMR/SPM.
  • Menyediakan medium yang optimum untuk pelajar dan guru untuk berinteraksi dan bersoal-jawab.
  • Memastikan pelajar memaksimakan masa cuti dengan pembelajaran yang dibimbing.

Program Intensif Cuti Sekolah ini memberi peluang kepada murid-murid untuk mengulangkaji semula topik-topik yang telah dipelajari dengan bimbingan guru-guru berpengalaman.

Murid-murid boleh memperbaiki kelemahan dalam pelajaran dan juga menyiapkan diri untuk menghadapi sesi persekolahan baru dengan lebih yakin.

Jadikan masa cuti sekolah ini satu kelebihan bagi murid-murid untuk memperbaiki kelemahan dan seterusnya mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

Sila klik disini untuk jadual.


Perjumpaan Ahli Urusinsan: Sesi Terapi Kewangan (17 November 2007)

Agenda perbincangan utama :

1. Sambungan mengenai topik perbincangan terdahulu (Asas pengurusan wang) dan perkembangan ahli.

2. Meningkatkan pendapatan yang sedia ada kepada pendapatan yang berlipat kali ganda untuk mereka yang makan gaji.


Sila datang ke sesi terapi kewangan khas untuk ahli Urusinsan sahaja. Sesi ini memberi peluang kepada ahli Urusinsan untuk bertukar-tukar pendapat tentang topik perbincangan utama dan cadangan bagaimana untuk menyelesaikan masalah kewangan peribadi Tuan/Puan.

Sesi Terapi Kewangan akan dihadiri oleh En.Zaidi, pengasas Urusinsan yang juga mengambil peranan sebagai moderator dan juga ahli-ahli senior dari forum Urusinsan yang sudi berkongsi pengalaman.

Butirannya adalah seperti berikut:

Tarikh: 17 November 2007
Hari:Sabtu
Masa: 8malam-11.30malam
Tempat: Pusat Tuisyen Harmoni Gemilang, Wangsa Melawati.

Tentatif Sesi Terapi:

8-8.30pm: Kehadiran peserta/makanan ringan
8.30-10.00pm:Sesi bermula
10-10.30pm: Rehat
10.30-11pm: Sesi bersambung
11pm:Bersurai

Yuran: RM30 (Termasuk makanan ringan)

Sila e-melkan pada saya pendaftaran anda selewat-lewatnya pada 12 November 2007, hanafi2k@gmail.com / 012-6568810

Tempat adalah hanya untuk 30 orang sahaja, sila daftar segera!!!


Format pendaftaran:

Nama:
No.Telefon Bimbit:
E-mail:
Tempat:

**Jangan lupa bawa kalkulator untuk kegunaan sendiri semasa sesi terapi.


**Kenyataan Penafian

Ini adalah perjumpaan untuk ahli kelab urusinsan sahaja, sesi ini bukan bertujuan sebagai khidmat nasihat kewangan atau perkhidmatan kewangan , ianya hanyalah satu aktiviti sosial diantara ahli kelab untuk saling bertukar pendapat disamping mengeratkan silaturahim , sebarang pandangan dan pendapat yg dibicarakan semasa perjumpaan adalah merupakan kenyataan individu yang tidak mewakili mana-mana pertubuhan atau syarikat kewangan. Segala risiko menggunakan pandangan dan pendapat adalah ditanggung sendiri oleh mereka yang menggunakannya, pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap apa juga pandangan serta pendapat yg dilemparkan semasa sesi perjumpaan kelak."

Friday, October 12, 2007

Selamat Hari Raya Aidilfitri pada keluarga saya, pada papa dan mama yang tak pernah mengenal erti mengalah dalam memberi sokongan, pada Fadilah, isteri tercinta, anakku humaira, abg.Avis yang berada di perantauan, Kak. Ayi, Wani, Mira dan nenek. Jasamu tak dapat ku bayar sampai akhir hayatku.

Selamat Hari Raya Aidilfitri juga kami ucapkan kepada semua tenaga pengajar PTHG, staf, ibu/bapa/penjaga, murid-murid dan tak lupa sahabat-sahabat kami di Urusinsan, bicarajutawan.com serta muslimin/muslimat dimana jua.

Mohon ampun dan maaf atas segala kesalahan dan kesilapan kami.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan yang berterusan dari semua pihak.

Monday, October 08, 2007

Revisi Intensif SPM (20 Okt-11Nov 2007)

Kami akan mengadakan Program Revisi Intensif SPM bagi membantu murid-murid untuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan SPM. Program ini akan diadakan pada setiap hujung minggu , pada tarikh-tarikh berikut: 2o Okt, 21 Okt, 27Okt, 28Okt, 3Nov, 4Nov,10Nov, 11Nov.

Program ini menekankan pada ulangkaji dan latih-tubi sistematik untuk subjek-subjek terpilih, ia juga menitikberatkan pada latihan berteraskan soalan-soalan SPM tahun-tahun lepas dan juga soalan ramalan. Selain itu program dibimbingan oleh guru-guru berpengalaman.
Evaluasi ringkas akan diadakan bagi setiap sesi dan berorientasikan pada peperiksaan SPM.

Marilah daftar segera, tempat adalah terhad

Yuran hanya RM80 setiap subjek, nota percuma.

Jadual RevisiIntensif SPM

Tuesday, October 02, 2007

Perjumpaan Ahli Urusinsan: Sesi Terapi Kewangan (6 Oktober 2007)

Tajuk perbincangan utama : Apa itu perancangan kewangan?

Orang Kaya Hidup Sederhana tapi Golongan Sederhana Hidup Mcm Org Kaya tapi miskin, " The Rich Lives Like The Middle Class However Most Middle class Lives Like the Rich but POOR".

Dalam kita sibuk memikirkan apakah pelaburan yang dapat memberi keuntungan yang lumayan, kita lupa untuk melabur untuk diri sendiri dengan Ilmu.

Dengan Ilmu pengetahuan kita dapat merancang kewangan dengan baik , kita dapat memilih pelaburan berdasarkan kemampuan kita, bijak memilih instrumen kewangan yang sesuai dan dapat mengelakkan dari membuat siri kesilapan yang membuatkan kita sentiasa berada dalam ratrace.

Datanglah ke sesi terapi kewangan khas untuk ahli Urusinsan sahaja. Sesi ini memberi peluang kepada ahli Urusinsan untuk bertukar-tukar pendapat tentang bagaimana untuk menyelesaikan masalah kewangan.

Sesi Terapi Kewangan akan dihadiri oleh En.Zaidi, pengasas Urusinsan yang juga mengambil peranan sebagai moderator dan juga ahli-ahli senior dari forum Urusinsan yang sudi berkongsi pengalaman dan kaedah bagaimana mereka berjaya menukar aliran tunai negatif kepada positif dan alat kewangan yang sesuai untuk mencapai matlamat kewangan anda.

Butirannya adalah seperti berikut:

Tarikh: 6 Oktober 2007
Hari:Sabtu
Masa: 9.30-12malam.
Tempat: Pusat Tuisyen Harmoni Gemilang, Wangsa Melawati.



Tentatif Sesi Terapi:

9.30pm-10pm: Kehadiran peserta/makanan ringan
10-11pm:Sesi bermula
11-11.20pm: Rehat
11.20-12am: Sesi bersambung
12am:Bersurai/Bersahur

Yuran: RM30 (Termasuk makanan)

Sila e-melkan pada saya pendaftaran anda selewat-lewatnya pada 4 Oktober 2007, hanafi2k@gmail.com / 012-6568810

Tempat adalah hanya untuk 30 orang sahaja, sila daftar segera!!!

Format pendaftaran:

Nama:
No.Telefon Bimbit:
E-mail:
Tempat:

**Jangan lupa bawa kalkulator untuk kegunaan sendiri semasa sesi terapi.


**Kenyataan Penafian

Ini adalah perjumpaan untuk ahli kelab urusinsan sahaja, sesi ini bukan bertujuan sebagai khidmat nasihat kewangan atau perkhidmatan kewangan , ianya hanyalah satu aktiviti sosial diantara ahli kelab untuk saling bertukar pendapat disamping mengeratkan silaturahim , sebarang pandangan dan pendapat yg dibicarakan semasa perjumpaan adalah merupakan kenyataan individu yang tidak mewakili mana-mana pertubuhan atau syarikat kewangan. Segala risiko menggunakan pandangan dan pendapat adalah ditanggung sendiri oleh mereka yang menggunakannya, pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap apa juga pandangan serta pendapat yg dilemparkan semasa sesi perjumpaan kelak."

Monday, September 17, 2007

Permainan Cashflow101



1. Rat Race
2. Kad Small Deal
3. Kad Big Deal
4. Kad Market
5. Kad Doodads
6. Fastrack
7. Financial Statement

1. Apa itu Cashflow 101?


Cashflow 101 adalah permainan kewangan dan pelaburan, atau dalam istilah yang lebih tepat, simulasi. Ia dicipta oleh Robert T. Kiyosaki, penulis buku Rich Dad Poor Dad: What the Rich Teach Their Kids About Money - That the Poor and Middle Class Do Not!. Cashflow 101 adalah set simulasi kewangan peringkat pertama, manakala Cashflow 202 adalah set simulasi untuk peringkat yg lebih mencabar dan terperinci mengenai dunia kewangan dan pelaburan.

2. Kenapa Cashflow 101 diajar dalam bentuk permainan, bukankah kewangan dan pelaburan adalah satu subjek yang serius?

Anda lebih banyak mempelari sesuatu dengan melakukannya sendiri. Adakah anda boleh terus menunggang basikal dengan hanya membaca buku? Justeru, dengan bermain Cashflow 101, anda sebenarnya mempelajari asas kewangan dan pelaburan seolah-olah dalam dunia yang sebenar!

3. Adakah bengkel ini sama seperti seminar-seminar kewangan yang lain?

Tidak. Bengkel Cashflow 101 bukan bengkel yang anda hanya mendengar dan mencatat sahaja sepanjang anda menghadirinya. Anda bermain Cashflow 101. Anda yang membuat keputusan pelaburan anda sendiri. Anda yang menguruskan kewangan anda sendiri. Anda terlibat dalam simulasi kewangan dan pelaburan sepanjang 6 jam. Dan anda akan mempelajari sesuatu yang baru.

4. Apakah bentuk permainan / simulasi apabila saya bermain Cashflow 101 ini?

Dalam Cashflow 101, anda terlibat dengan perniagaan, saham dan hartanah selain pengetahuan asas tentang pengurusan kewangan yang betul.

5. Tetapi, saya tidak ada pengetahuan langsung tentang dunia saham dan hartanah, layakkah saya untuk menyertai bengkel ini?

Ya anda layak. Bengkel ini mengajar anda perkara-perkara asas yang perlu diketahui tentang dunia saham dan hartanah. Ia akan akan meletakkan anda dalam persepsi yang betul.

6. Bagaimana saya boleh mendapat faedah daripadanya?

Permainan Cashflow 101 akan menunjukkan di mana diri anda sebenarnya. Adakah anda benar-benar tahu menguruskan kewangan anda? Adakah anda seorang penyimpan (savers)? Adakah anda seorang pelabur bijak (informed investor)? Adakah anda seorang yang tidak berani mengambil risiko? Adakah anda takut dengan hutang? Dan sebagainya. Justeru, dari situ anda boleh membaiki kelemahan diri anda dan seterusnya terus belajar menjadi seorang pelabur bijak.

7. Adakah saya akan terus berjaya membebaskan diri saya dari belenggu hutang setelah menyertai bengkel ini?

Tidak. Anda dibelenggu bebanan hutang kerana itulah tahap pengetahuan kewangan anda yang sebenarnya, pengetahuan sepanjang anda hidup selama ini. 3 jam setiap permainan tidak cukup untuk anda terus membebaskan diri dari hutang, TETAPI ia boleh menjadi titik awal kepada anda untuk keluar dari belenggu hutang kerana anda sudah diberikan asas yang betul. Sebenarnya anda perlu bermain Cashflow 101 selama 6x untuk betul-betul memahami konsep yang diberikan.

8. Bagaimana cara untuk saya menyertai simulasi ini?

Anda boleh menyertai simulasi ini dengan mendaftar dengan pihak pengurusan BicaraJutawan.com

9. Siapakah BicaraJutawan.com?

BicaraJutawan.com adalah komuniti pendidikan kewangan dan perniagaan di Malaysia. Kami juga adalah independent contractor yang terlibat dalam komuniti Rich Dad Cashflow Club. Selaku independent contractor, kami tidak mempunyai sebarang hubungan langsung sama ada ditaja, perkongsian atau menjalankan aktiviti rasmi bagi pihak CASHFLOW® Technologies, Inc. (CTI) & Robert T. Kiyosaki

10. Berapa kah yuran bayaran yang dikenakan?

RM 55 seorang termasuk makan dan minum serta alat-alat tulis disediakan untuk anda. Anda hanya perlu datang dengan minda yang terbuka.

11. Adakah selepas bermain Cashflow ini nanti, ada sebarang agenda lain untuk mempromosi produk / skim pelaburan oleh pihak penganjur?

Tidak. BicaraJutawan.com adalah satu entiti bebas yang tidak terikat dengan mana-mana syarikat MLM atau sebarang skim cepat kaya. Kami hanya menganjurkan aktiviti Cashflow sahaja dalam bengkel ini.

12.Halal ke Cashflow ni?

Bengkel Cashflow 101 adalah seminar untuk mengajar asas-asas kewangan & pelaburan . Ia sama sekali tidak menganjurkan apa-apa skim pelaburan. Apa yang ada hanyalah simulasi pelaburan seperti pelaburan hartanah, pelaburan saham [blue chip & speculative], saham amanah, FD dan beberapa bentuk pelaburan lain seperti emas & collectibles item.

Ia tidak ada kaitan dengan sebarang skim cepat kaya, "pelaburan internet", program jana wang, HYIP, program hibah, dan sebarang skim yang mencurigakan.

13. Adakah anak-anak saya boleh menyertai bengkel ini?

Boleh. Konsep yang diterapkan dalam permainan Cashflow amat mudah. Anak-anak yang berumur melebihi 10 tahun atau anak-anak yang mahir menulis, mengira & mempunyai kemahiran asas Bahasa Inggeris sudah boleh bermula bermain Cashflow. Lagi awal anak-anak anda diterapkan konsep asas yang diberikan dalam permainan ini, lebih cepat anak-anak anda faham dan bertindak bijak dalam pengurusan kewangannya sendiri.

14. Apakah bahasa perantaraan yang digunakan dalam bengkel ini?

Permainan Cashflow 101 itu sendiri adalah berbahasa Inggeris, tetapi segala penerangan & perbincangan dibuat dalam bahasa Melayu.

15. Adalah Cashflow 101 ini satu pertandingan? (sebab namanya bermain Cashflow 101, macam main bola)

Tidak. Walaupun disebut permainan, tetapi ia bukan pertandingan siapa pandai dan siapa hebat. Ia adalah tempat mempelajari asas-asas kewangan dan pelaburan secara interaktif dan menyeronokkan.

16. Siapa bagi talk dalam Bengkel Cashflow 101? Takkan main je?

Dalam Bengkel Cashflow 101 ini kita tiada speaker. Tetapi hanya ada fasilitator. Kita akan mulakan sesi bengkel dengan briefing ringkas, dan mengakhirinya dengan debriefing. 85% masa adalah terlibat dalam simulasi tersebut - permainan Cashflow 101.

17. Saya ni fobia / lembab / tak pandai matematik, boleh ke?

Boleh. Anda tidak perlu tahu algebra, statistik, algoritma dan segala formula matematik yang kompleks. Anda cuma perlu tahu tambah, darab, tolak dan bahagi sahaja. Kalkulator ada disediakan. Apabila anda tahu betapa mudah dan teraturnya konsep pengurusan kewangan selepas bermain Cashflow 101 ini nanti, anda tidak akan fobia dengan nombor lagi.

18. Saya buat online business je, perlu ke nak belajar saham, hartanah semua ni?

Kenapa tidak? Walaupun nama nya online business, ia tetap salah satu cabang perniagaan. bezanya, anda beroperasi melalu internet. dan bila sampai masanya nanti, anda tetap perlu diversify aset anda ke hartanah dan juga saham.

Bukankah google.com juga tersenarai di pasaran saham Nasdaq dan mempunyai aset hartanahnya sendiri.

19. Bolehkah pembayaran dibuat pada hari bengkel?

Tidak. Pembayaran mesti dibuat sebelum hari bengkel. Sila daftar secepat mungkin kerana tempat adalah terhad.

Butiran Program Cashflow101 adalah seperti berikut:

Tempat:
Pusat Tuisyen Harmoni Gemilang,
No.19A, Jln.Wangsa Melawati 4,
Wangsa Melawati, 53300 KL.

Tarikh:
23 September 2007, Ahad

Masa:
11.30pagi-4.30petang

Yuran:
RM55



Tentatif program adalah seperti berikut:

11.30am :Pengenalan pada Cashflow 101
11.45am :Mula Bermain Cashflow 101
2.00pm : Solat Zohor
2.30pm : Cashflow101-sambungan
4.00pm : Penutup
4.30pm : Bersurai

Sila daftar segera tempat adalah terhad, pendaftaran hanya dibuka untuk 18 orang sahaja.
Sila hubungi Hanafi (012-6568810) / hanafi2k@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Sunday, September 16, 2007

Salam Semua,

Ramadhan tiba lagi, inilah bulan yang dinanti-nantikan sepanjang tahun. Bulan dimana kita menahan diri dari sebarang perkara yang membatalkan ibadat puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari dan juga amal ibadah kita digandakan berlipat kali.

Semoga dalam kesibukan tugasan harian kita, kita masih mampu menjalankan ibadah sebaik mungkin dibulan yang mulia ini.

Kepada murid-murid yang akan mengambil peperiksaan PMR tidak lama lagi, gunakan masa selepas Solat Terawih dan selepas sahur untuk mengulangkaji pelajaran. Jangan jadikan ibadah puasa alasan untuk tidak belajar bersungguh-sungguh, tetapi berdoalah kita semoga keberkatan bulan ini dapat memudahkan kita berusaha mencapai kecemerlangan dalamPMR 2007.

Marhaban ya Ramadhan!.

Hanafi

Wednesday, August 22, 2007


Seminar Sentuhan Terakhir (UPSR), 2 Sept.07 / PMR, 9 Sept.07

Adakah murid-murid dibawah jagaan Tuan/Puan:
  • Sudah mempunyai persiapan untuk menghadapi peperiksaan UPSR/PMR?
  • Selalu mendapat markah rendah kerana tidak tahu teknik menjawab?
  • Gelisah kerana tidak tahu topik-topik yang perlu diberi penekanan?
  • Perlukan bimbingan saat-saat akhir sebelum UPSR/PMR?

Datanglah ke seminar kami, kelebihan seminar...............

  • Bimbingan efektif sebelum peperiksaan UPSR/PMR.
  • Pendedahan pada kesilapan yang sering dilakukan pelajar.
  • Elakkan pengurangan markah dengan mengetahui kaedah pemarkahan.
  • Tips-tips peperiksaan dari guru-guru pakar.
  • Contoh-contoh jawapan dari pelajar cemerlang
  • Eksklusif, terhad kepada 30 orang pelajar.

Testimoni:

Good! I feel confident to attend UPSR questions. I really enjoy the slideshows. I got many tips now.Thank you speakers!
-Mohammad Reza, Ampang Jaya

Alhamdulillah, Seminar ini sungguh menyeronokkan. Saya dapat menambahkan ilmu dan teknik-teknik menjawab soalan-soalan UPSR. Seminar ini memberi rangsangan untuk berjaya dalam UPSR.
-Nurul Hana Batrisya, Ampang Selangor

Ia sangat menarik! Seminar ini memberi keyakinan untuk mendapat 5A dalam UPSR. Saya boleh memahami apa-apa yang diajar. Ia amat berguna.Terima kasih.
-Nurnabilah Aisyah, Ampang Selangor

Seminar ini sangat menarik dan bagus. Terima kasih pada penceramah-penceramah yang hebat.

-Amirul Afiq, Sg.Buloh (PMR)


Seminar yang baik dan penyampaian yang bagus, walaupun hanya beberapa jam sahaja, namun ilmu yang disampaikan amat berguna. Terima kasih.

-Hafizah, Setiawangsa (PMR)




Tarikh
2 September 2007 (Seminar UPSR) / 9 September 2007 (Seminar PMR)

Masa
8pagi-4.30petang

Lokasi
Pusat Tuisyen Harmoni Gemilang, Wangsa Melawati.



Yuran
RM100
Dapatkan diskaun 10% untuk pendaftaran berkumpulan, 2 orang atau lebih.
Diskaun 10% juga diberikan kepada murid-murid yang mendaftar dan membuat pembayaran sebelum 30 Ogos 2007.


Tentatif Program

7.30am-8am: Pendaftaran

8.-9.30am: Seminar Sains

9.30-10am: Sarapan

10.-12pm: B.Melayu

12-1.30pm: Matematik

1.30-2.30pm :Rehat/Solat/Makan Tengahari

2.30-4.30pm: English

4.30pm: Bersurai


Sarapan dan makan tengahari disediakan. Murid-murid boleh bersolat disurau yang terletak dibelakang Pusat Tuisyen Harmoni Gemilang.

Sila daftar segera, tempat terhad untuk 30 orang pelajar sahaja.



Wednesday, August 08, 2007

Program Intensif Cuti Sekolah (PMR&SPM) , 21-24 Ogos 2007.

Cuti Sekolah tiba lagi......................dah ada rancangan untuk makan angin?

Kepada murid-murid yang akan mengambil peperiksaan PMR dan SPM 2007 diharap bersabar dan dapat menggunakan masa cuti ini untuk membuat ulangkaji pelajaran.
Pusat Tuisyen Harmoni Gemilang akan menganjurkan program intensif cuti sekolah khas untuk pelajar-pelajar tersebut. Maklumatnya seperti berikut:


Objektif:
    1. Memberi pemantapan dan keyakinan pada pelajar untuk menghadapi PMR/SPM.
    2. Menjadikan pelajar lebih fokus kepada topik-topik penting.
    3. Menyediakan medium yang optimum untuk pelajar dan guru untuk berinteraksi dan bersoal-jawab.
    4. Memastikan pelajar memaksimakan masa cuti dengan pembelajaran yang dibimbing.

PMR

Subjek yang ditawarkan:
Maths & Science.

Yuran
Pakej 2 subjek RM90
1 Subjek RM50

SPM
Subjek yang ditawarkan:
Kimia, Fizik, Add.Maths, Biology

Yuran
Pakej 4 subjek RM220
Pakej 3 subjek RM150
1 Subjek RM60

Jadual Kelas Intensif PMR/SPM


Sila daftar segera, tempat terhad

Wednesday, July 18, 2007

Seminar UPSR di Sekolah Islam Adni (17&18 Julai 2007)

Alhamdulillah, seminar UPSR telah berjaya diadakan di Sekolah Islam Adni, Tmn. Sri Ukay,Ampang Selangor dengan pengisian yang mantap dari penceramah-penceramah dan kerjasama dari pihak pentadbiran Sekolah Rendah Islam Adni.

Antara komen-komen yang dapat kami ambil:

Good! I feel confident to attend UPSR questions. I really enjoy the slideshows. I got many tips now.Thank you speakers!
-Mohammad Reza

Alhamdulillah, Seminar ini sungguh menyeronokkan. Saya dapat menambahkan ilmu dan teknik-teknik menjawab soalan-soalan UPSR. Seminar ini memberi rangsangan untuk berjaya dalam UPSR.
-Nurul Hana Batrisya

Terima kasih pada penceramah-penceramah dan juga pihak pentadbiran Sekolah Rendah Islam Adni.

Monday, July 16, 2007

Home Tuition

Kami ada menyediakan kelas home tuition untuk pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan UPSR, PMR dan SPM 2007.

Kelebihan kelas
home tuition berbanding kelas tuisyen biasa adalah seperti berikut:

  • Pembelajaran di rumah pelajar.
  • Penumpuan khas untuk seorang pelajar atau kumpulan kecil.
  • Masa pembelajaran fleksibel.
  • Pelajar boleh memilih topik-topik untuk subjek pilihan.
  • Pelajar mudah untuk membuat pertanyaan.

Jika anda perlukan bantuan untuk subjek-subjek tertentu, sila hubungi kami dengan mengisi borang di ruangan sebelah kanan blog ini atau menghubungi talian 012-6568810 (Hanafi) untuk keterangan lanjut.


Monday, June 11, 2007

Kelas Lukisan Kejuruteraan telah dibuka untuk pelajar-pelajar tingkatan 5. Pendaftaran masih terbuka kepada pelajar yang berminat untuk mengikuti kelas ini.

Kelas ini diadakan setiap hari Khamis, 8.30malam-10malam. Kelas ini dibimbing oleh guru pakar, C.Ibrahim yang berpengalaman hampir 30 tahun dalam bidang ini.

Struktur yuran adalah seperti berikut:

Pendaftaran: RM15
Nota : RM10
Yuran bulanan: RM50

Sila daftar segera, tempat adalah terhad.

Saturday, June 09, 2007

Salam pada semua,

Bermula pada bulan Jun ini kami akan mengadakan program Revisi Intensif untuk pelajar UPSR dan PMR.



Program ini membawa pendekatan seminar dan ulangkaji diikuti dengan evaluasi ringkas untuk setiap sesi. Revisi intensif juga menitikberatkan pada latihan berteraskan soalan-soalan UPSR dan PMR tahun-tahun lepas dan juga soalan ramalan. Langkah ini diambil supaya pelajar-pelajar mahir dengan pelbagai bentuk soalan.

Revisi intensif akan diadakan setiap hari Ahad bermula 10 Jun 2007.

Sila klik dilink untuk jadual program


Kami berharap pelajar-pelajar dapat mengambil manfaat dari program ini untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan kelak.


Salam pada semua,

Bermula pada bulan Jun ini kami akan mengadakan program Revisi Intensif untuk pelajar UPSR dan PMR.


Program ini membawa pendekatan seminar dan ulangkaji diikuti dengan evaluasi ringkas untuk setiap sesi. Revisi intensif juga menitikberatkan pada latihan berteraskan soalan-soalan UPSR dan PMR tahun-tahun lepas dan juga soalan ramalan. Langkah ini diambil supaya pelajar-pelajar mahir dengan pelbagai bentuk soalan.

Revisi intensif akan diadakan setiap hari Ahad bermula 10 Jun 2007.

Sila klik dilink untuk jadual program

Kami berharap pelajar-pelajar dapat mengambil manfaat dari program ini untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan kelak.

Wednesday, May 09, 2007

Sempena cuti sekolah yang akan tiba pada hujung bulan Mei ini kami menawarkan program intensif cuti sekolah. Program ini terbuka kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR/PMR dan SPM.

Kami berharap pelajar-pelajar dapat memanfaatkan masa cuti sekolah dengan mengikuti kelas ulangkaji ini yang dibimbing oleh guru-guru pakar. Sila daftar segera tempat adalah terhad.

Tuesday, March 27, 2007

Seminar Bulanan untuk pelajar-pelajar UPSR, PMR & SPM

Bermula pada bulan ini, April 2007, kami akan mengadakan seminar secara bulanan untuk pelajar UPSR, PMR dan SPM untuk subjek-subjek terpilih.

Pelajar-pelajar akan didedahkan lebih awal dengan konsep peperiksaan, format peperiksaan, topik-topik penting, teknik menjawab dan analisis soalan-soalan serta kesilapan yang sering dilakukan.
klik disini untuk Jadual Seminar 2007
Kami mengenakan harga yuran yang minimal khas untuk pelajar-pelajar P.Tuisyen Harmoni, hanya RM18 untuk setiap pelajar bagi setiap sesi seminar.

Kami berharap pelajar-pelajar dapat mengambil manfaat dari kepakaran guru-guru seminar untuk lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan kelak.
Selamat Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.

Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun.Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.

Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.

Petikan dari:
http://www.al-azim.com/masjid/rabiulawal1428H/maulud.htm

Thursday, March 08, 2007

Sempena cuti sekolah yang akan tiba, Pusat Tuisyen Harmoni Gemilang
akan mengadakan Kelas
Intensif Cuti Sekolah untuk pelajar-pelajar UPSR, PMR dan SPM. Pelajar-pelajar berkesempatan membuat ulangkaji bagi subjek-subjek yang ditawarkan semasa cuti sekolah ini.

Antara objektif kelas intensif ini adalah, memberi pemantapan dan keyakinan pada pelajar untuk menghadapi UPSR/PMR/SPM, menjadikan pelajar lebih fokus kepada topik-topik penting, menyediakan medium yang optimum untuk pelajar dan guru untuk berinteraksi dan bersoal-jawab dan memastikan pelajar memaksimakan masa cuti dengan pembelajaran yang dibimbing.

Kami juga akan mengadakan Seminar UPSR/PMR/SPM secara bulanan bertujuan memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar untuk bersiap sedia menghadapi peperiksaan yang akan datang.


Sila klik link disini untuk jadual.

Thursday, January 25, 2007

Assalammualaikum kepada semua,

Pusat Tuisyen Harmoni Gemilang akan mengadakan prebiu Score A Programme™, satu program interaktif yang komprehensif dan terbukti keberkesanannya untuk membantu para pelajar bersiap sedia dalam menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan.


Score A Programme™ telah direka khas secara terperinci bagi menyediakan kepada para pelajar suatu kaedah pembelajaran yang sempurna untuk membantu mereka menghadapi peperiksaan. Dengan mengikuti Score A Programme™, para pelajar boleh menilai kemajuan dan prestasi akademik mereka sendiri dengan mudah dan lebih berkesan. Dengan ini, mereka boleh menilai sendiri tahap keupayaan, kesediaan dan kefahaman mereka tentang apa yang mereka telah pelajari di sekolah.


Ibu/bapa/Penjaga yang ingin mengetahui bagaimana Score A Programme™ boleh membantu pelajar-pelajar mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR/PMR boleh menghadiri prebiu percuma. Sila lihat keterangan dibawah. Score A Programme™ boleh digunakan oleh pelajar-pelajar tahun 1 hingga tingkatan 3. Pakej keluarga pada harga yang amat berpatutan ada disediakan.

Sila pastikan Tuan/Puan membuat tempahan tempat untuk prebiu ini, tempat duduk adalah terhad. Sila hubungi kami sekarang, 012-6568810 (Hanafi), 03-41427144 (Isnin-Jumaat, 3pm-10pm)

Tarikh: 28 Januari 2007
Hari: Ahad
Masa: 10pagi-12tengahari (Kudapan disediakan)
Tempat: Pusat Tuisyen Harmoni Gemilang (Sila lihat lampiran)
No.19A , Jln.Wangsa Melawati 4,
Wangsa Melawati, 53300 K.L.

Laman web Score A Programme™ : http://www.scorea.com

Thursday, January 04, 2007

Selamat Tahun Baru 2007 kepada ibu/bapa/penjaga dan pelajar-pelajar. Pendaftaran kelas tuisyen untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah dibuka sekarang, sila lihat pakej tuisyen kami untuk sesi ini.