Bermula pada bulan Jun ini kami akan mengadakan program Revisi Intensif untuk pelajar UPSR dan PMR.
Program ini membawa pendekatan seminar dan ulangkaji diikuti dengan evaluasi ringkas untuk setiap sesi. Revisi intensif juga menitikberatkan pada latihan berteraskan soalan-soalan UPSR dan PMR tahun-tahun lepas dan juga soalan ramalan. Langkah ini diambil supaya pelajar-pelajar mahir dengan pelbagai bentuk soalan.
Revisi intensif akan diadakan setiap hari Ahad bermula 10 Jun 2007.
Kami berharap pelajar-pelajar dapat mengambil manfaat dari program ini untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan kelak.
No comments:
Post a Comment