Wednesday, December 26, 2007



Pendaftaran untuk kelas tuisyen sesi 2008 dibuka sekarang.

Masa: Isnin-Jumaat,5pm-8.30pm Sabtu & Ahad, 9.30am-2pm

Pendaftaran adalah percuma kepada pelajar-pelajar Pusat Tuisyen Harmoni. Kami juga mengadakan pakej istimewa untuk adik-beradik, iaitu diskaun 10% untuk yuran sepanjang tahun. Selain itu, bagi ibu/bapa/penjaga yang membayar yuran tuisyen untuk 3 bulan sekaligus akan mendapat diskaun 10%. Kami berharap langkah kami ini dapat mengurangkan beban ibu/bapa/penjaga


Sila hubungi 012-6568810(Hanafi) untuk keterangan lanjut.

Tuesday, December 18, 2007

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua, semoga amalan ibadah Qurban Tuan/Puan diterima Allah SWT dan kepada sahabat-sahabat dan kaum keluarga yang pergi menunaikan ibadah haji semoga mendapat haji mabrur.

Jika Tuan/Puan memandu pulang pada musim perayaan ini, sila pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik dan anda memandu dengan selamat.

Tuesday, December 04, 2007

Tahniah atas pencapaian anda mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR 2007.

Kejayaan anda, kebangaan kami.


  1. Muhammad Nur Hidayat, SK Pandan Indah 5A
  2. Hilman Fikri, SK Tmn.Melawati 1, 5A
  3. Nazira Shahira, SK Tmn.Melawati 1, 5A
  4. Fatimah Aminah, SK. Tmn.Permata, 4A
  5. Mohd.Azfar Haziq,SK Tmn.Melawati 1, 4A
  6. Alyana Rabitah, SK. Lembah Keramat, 3A
  7. Nufitrah Rosli, SK. Tmn.Permata, 3A
  8. Amirul Ariff, SK Tmn.Permata, 2A
  9. Muhammad Fathi, SK. Tmn.Permata, 2A
  10. Muhd.Saffanizan, SK. Lembah Keramat, 2A
  11. Mohd.Hazin, SK. Tmn.Permata, 1A
  12. Muhammad Nazmi, SK. Tmn.Permata, 1A