Monday, October 16, 2006


Kami akan mengadakan kelas tuisyen intensif, khas untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM tahun 2007 bermula 21 November 2006.

Kelas Intensif ini dibahagikan kepada 3 sesi, pelajar boleh memilih mana-mana sesi atau kesemuanya mengikut kesesuaian masa.

Kami juga menawarkan diskaun 10% untuk pendaftaran sebelum 1 November 2006.

Tuan/Puan boleh menghubungi kami ditalian 03-4142 7144 / 012-656 8810 / hanafi2k@gmail.com

Thursday, October 12, 2006

Assalammualaikum pada semua,

Tanpa sedar sudah masuk hari ke 19 kita berpuasa, tinggal lebih kurang 11 hari lagi kita berada di bulan yang mulia ini.

Harapan saya kepada pelajar-pelajar supaya dapat meningkatkan amal ibadah di sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan kerana dalamnya terdapat 1 malam yang lebih baik dari 1000 bulan, yaqni malam Al-Qadr.

Jangan lupa mengulangkaji pelajaran, mungkin ada diantara pelajar-pelajar yang masih berada dalam minggu peperiksaan. Saya berharap pelajar-pelajar menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan bersungguh-sungguh.

Jangan pula kita sibuk bermain mercun kerana bukan sahaja amalan ini membahayakan nyawa kita dan keluarga malah mengganggu ketenteraman awam dan juga membazir.

Kepada pelajar-pelajar yang ingin berkongsi tips-tips belajar dalam bulan Ramadhan bolehlah menghantar email kepada saya, hanafi2k@gmail.com

Friday, September 15, 2006

Assalammualaikum kepada semua,

Penerangan ringkas mengenai Program-program dibawah akan diadakan di Pusat Tuisyen Harmoni Gemilang, Wangsa Melawati, pada Ahad ini, 17 September 2006, pukul 11pagi. Ibu/Bapa/Penjaga dan sesiapa yang berminat dijemput hadir . Kehadiran Tuan/Puan amat dihargai. Terima Kasih. Pelan ke sini disertakan untuk rujukan Tuan/Puan.

"Program Score A"

Program ini merupakan kaedah pembelajaran melalui internet, dimana pelajar-pelajar dapat menjawab soalan pelbagai aras (mudah, sederhana, sukar) bagi setiap topik.

Kelebihan "Program Score A"

1.Disokong dan diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
2.Soalan-soalan digubal oleh penggubal soalan UPSR/PMR.
3.Bank Soalan yang mengandungi 100,000+ soalan.
4.Pelajar dapat mengetahui jawapan pada itu juga (real-time).
5.Ibu /Bapa/Penjaga dapat memantau perkembangan pembelajaran pelajar-pelajar melalui sms.
6.Soalan percubaan dan soalan UPSR/PMR tahun-tahun yang terdahulu disediakan.

Ciri-ciri yang terdapat di Score A
e-notes, e-report card, e-progress, e-assesment, e-topic, e-dictionary dan banyak lagi

Subjek yang ditawarkan

Sekolah Rendah (Tahun 1-6)
1.B.Melayu
2.English
3.Maths
4.Science
5.B.Cina

Sekolah Menengah Rendah
1.B.Melayu
2.English
3.B.Cina
4.Geografi
5.Sejarah
6.Maths
7.Science

Silibus terkini.

Program Syoknya Puasa

Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak kami akan mengadakan Program Syoknya Puasa dengan kejasama Imen Consultant,
Program ini mendedahkan kepada pelajar-pelajar tentang kelebihan berpuasa, amalan semasa berpuasa
dan pengisian sepanjang bulan Ramadhan.

Antara objektif program ini adalah:

  • Menghayati bulan Ramadhan dengan pengisian ibadah yang dituntut.
  • Membetulkan bacaan dalam solat dan rukun-rukun yang lain
  • Membaiki amali dan teori solat
  • Melahirkan anak soleh dan pelajar cemerlang
  • Membina jatidiri, keyakinan dan ketahanan mental dan fizikal
  • Membentuk semangat setiakawan dan komunikasi yang baik antara peserta


Program ini akan dibimbing oleh Ustaz Khairul Aripin Bin Mat dan Ustaz Asri Bin Lateh, Mudir Maahad Tahfiz Az-Zahrah, Hulu Langat, Selangor.

Program ini akan diadakan di Kem Herba, Sg.Congkak, Hulu Langat Selangor pada 7 & 8 Oktober 2006.

Program ini dirangka khas untuk pelajar berumur 10 tahun hingga 17 tahun,
pastikan anak-anak jagaan Tuan/Puan dapat mengikuti Program Syoknya Puasa ini,
jadikan bulan Ramadhan sebagai titik perubahan untuk kebaikan bagi mereka.

Bengkel Perniagaan Percetakan T-Shirt (Silk Screen Printing)


Teknik percetakan silk-screen merupakan teknik percetakan yang boleh dilakukan dimana-mana permukaan, samada T-Shirt, beg, cawan dan sebagainya. Teknik percetakan yang fleksibel ini membantu para peserta menunjukkan bakat seni dan kreativiti tidak terhad pada kertas sahaja.

Kami juga mengambil inisiatif untuk menggabungkan silk-screen printing ini dengan bengkel keusahawanan bagi membolehkan para peserta menyalurkan hobi dan kebolehan seni peserta kepada produk-produk bermutu yang menjadi tarikan kepada orang ramai untuk membelinya.

Objektif program adalah seperti berikut:

  • Meningkatkan taraf ekonomi
  • Menjana pendapatan melalui percetakan T-Shirt
  • Meningkatkan kemahiran pengurusan perniagaan
  • Mendedahkan pengetahuan asas keusahawanan dan perniagaan

Program ini akan diadakan pada 20-21 September 2006

Wednesday, August 30, 2006

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-49!!!
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Tuesday, August 29, 2006

Petikan ini saya ambil dari En. Yusoff, mungkin berguna bagi kita semua.
______________________________________________________________



Hmmm. Apa kena mengena pulak bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin ni pulak ya? Ada persamaan nya..kedua-dua bahasa ini bukan bahasa ibunda kepada anak-anak kita yang berbangsa Melayu ini. Tapi masalah dalam mengajar bahasa Mandarin kepada anak-anak kita mungkin lebih kritikal.Ini kerana kita sendiri tidak boleh berbahasa Mandarin sedangkan kalau bahasa Inggeris sekurang-kurangnya kita masih mampu bertutur walaupun mungkin tidaklah terlalu fasih. Dalam mengajar anak-anak kita mahir dalam bahasa kedua kita boleh menggunakan beberapa kaedah seperti:

1. One parent one language – Dengan menggunakan kaedah ini salah seorang ibubapa mesti berkomunikasi dengan anak mereka dalam bahasa kedua itu. And tidak digalakkan mencampur adukkan dengan bahasa ibunda anda kerana ini akan melambatkan proses penyerapan bahasa kedua itu.

2. Menggunakan persekitaran – Jika persekitaran anda banyak menggunakan bahasa kedua yang anda inginkan itu maka anda boleh berbual dengan anak-anak anda dalam bahasa ibunda anda tapi membiarkan anak-anak anda berbual dalam bahasa kedua bila berada di luar rumah.


Yang jelas dalam kaedah satu, kita yang tidak boleh bertutur dalam bahasa Mandarin tidak dapat mengamalkan kaedah One parent one language itu. Oleh itu sudah tentu proses pembelajaran bahasa Mandarin anak kita itu akan menjadi lambat kerana mereka tidak mendapat pendedahan awal dalam bahasa Mandarin itu. Oleh itu nasihat saya kepada mereka yang mempunyai perancangan untuk mengajar anak-anak merekea kesekolah Mandarin untuk menggunakan kaedah2 seperti berikut:-

1. Menghantar anak-anak anda ke kelas2 Mandarin atau menjemput guru datang ke rumah – Kalau hantar ke kelas Mandarin rasanya taklah mahal sangat especially kalau kelas berkumpulan. Kalau jemput cikgu ke rumah rate maybe dalam RM30 sejam tapi anda boleh kurangkan kos dengan berkongsi dengan kawan2 or jiran2.Maknanya anda boleh negotiate le dengan cikgu tu.Dia pun suka sebab dia dtg sekaligus n dapat ajar 2-3 org sekali. Anda boleh mulakan ini pada peringkat awal kanak-kanak sekitar umur 4-5 tahun.

2. Beli buku-buku cerita Mandarin dan vcd-dvd education in Mandarin

3. Minta tolong jiran/kawan – Anda boleh guna juga kaedah one person one language.Maknannya isteri cakap bm dengan anak, anda cakap bahasa Inggeris dengan anak dan jiran/kawan anda cakap bahasa Mandarin dengan anak anda.


4. Gunakan sumber2 pengajaran seperti :-

1. Kad Imbas – Flash card
2. Poster-poster
3. Word Card - Kad-kad perkataan

5. Anda sendiri belajar bahasa Mandarin itu – Mungkin agak radikal idea ini tapi dengan anda sendiri belajar bahasa Mandarin anda boleh membimbing mereka dan anda juga boleh tahu apakah masalah yang akan mereka hadapi.

Kalau persekitaran anda ramai yang berbahasa Mandarin galakkan anak-anak mencari kawan yang boleh berbahasa Mandarin disekitar rumah anda. Ini penting kerana untuk menjadi mahir mereka perlu berada disekeliling bahasa Mandarin untuk mempercepatkan proses penyerapan bahasa Mandarin itu.

Menghantar mereka ke kelas2 tuition adalah satu langkah yang bijak tapi anda juga perlu:-

1. Sering berkomunikasi dengan anak- anak anda untuk mengetahui apa masalah mereka.
2. Tanya apa yang boleh bantu mereka untuk menjadi mahir –eg buku2 tambahan, buku cerita dsbnya.
3. Sentiasa memotivasi mereka
4. Jangan memberi terlalu banyak tekanan
5. Jangan mengutuk atau memarahi mereka jika keputusan mereka kurang memberansangkan
6. Bantu mereka dalam kerja-kerja sekolah mereka – Sekolah Cina ini amat terkenal dengan kerja rumah yang banyak.
7. Berbincang dengan guru-guru anak anda untuk mendapatkan pendapat mereka
8. Buat grouping dengan ibubapa Melayu yang turut menghantar anak mereka ke sekolah itu. Mungkin anda dapat berkongsi masalah dan dapat idea macam mana nak membantu anak anda menjadi mahir.

Kanak-kanak boleh menjadi mahir sehingga 5 bahasa tapi anda kena pastikan teknik-teknik pembelajaran mereka itu berkesan. Kalau tidak ianya mungkin akan membebankan mereka.

Belajar bahasa Mandarin ini tidaklah terlalu sukar terutamanya kalau anda dedahkan mereka pada peringkat yang awal. Apa yang pasti anda perlu memantau perkembangan mereka agar matlamat anda menghantar mereka ke sekolah Mandarin itu tercapai dan memberi manfaat besar kepada anak anda itu.

===========================

Iklan sikit:

Dapatkan buku tulisan saya

Cara Mudah Menguasai Kemahiran Berbahasa Inggeris - RM14

dan Cara Mudah Menguasai Kemahiran Berbahasa Inggeris 2 -Perbualan Telefon RM16.

Beli kedua2 buku pada harga cuma RM28 termasuk harga pos.

Yusoff
019-3090711

Monday, August 28, 2006

Assalammualaikum,

Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T majlis solat hajat untuk kecemerlangan UPSR dan PMR berjaya diadakan di Surau Al-Kauthar, Wangsa Melawati pada 24 Ogos 2006 yang lepas.

Kepada Ibu/Bapa yang hadir, terima kasih kami ucapkan atas penglibatan Tuan/Puan dalam program ini.

Kepada pihak pengurusan Surau Al-Kauthar, syukran jazilan atas segala kemudahan dan bantuan yang diberikan untuk menyempurnakan majlis. JazakAllahu khairan kasira.

Semoga anak-anak kita diberikan kejayaan yang cemerlang bukan hanya dalam peperiksaan UPSR dan SPM tetapi dari semua aspek. Amin.

InsyaAllah kami akan mengadakan program-program seperti ini dimasa depan.

Sunday, August 20, 2006

Perubahan Jadual Kelas Intensif PMR / SPM, Ogos 06.

Berikut adalah jadual terkini Kelas Intensif PMR / SPM, Ogos 06


Kelas Intensif PMR

10am-12pm
22/08/06 Science
23/08/06 Science
24/08/06 Maths
25/08/06 Maths

Kelas Intensif SPM

10am-12pm 12pm-2pm
21/08/06 Fizik A.Maths
2208/06 English Maths

8am-10am 10am-12pm
23/08/06 Fizik A.Maths

10am-12pm 12pm-2pm
24/08/06 English Maths


Terima Kasih atas perhatian Tuan/Puan,

Hanafi

Saturday, August 19, 2006

Petikan ini saya ambil dari En.Yusoff.

____________________________________________________________________


Assalamalaikum dan Salam Sejahtera kepada anda semua..

Maaf kerana sejak kebelakangan ini saya agak jarang menghantar
artikel-artikel ke group ini . Saya agak sibuk menulis buku ketiga dan
keempat saya yang berkenaan dengan cara-cara mengajar kanak-kanak
berbahasa Inggeris.

Bagaimanapun dalam artikel ini bukan tujuan saya untuk membuat iklan
atau sekadar `menampal' apa yang telah saya tulis dalam buku saya itu.
Dalam artikel ini saya ingin berkongsi sedikit teknik-teknik
pengajaran bahasa Inggeris yang anda boleh gunakan untuk mengajar
anak-anak anda menjadi mahir dalam bahasa Inggeris. Teknik-teknik ini
saya gunakan untuk anak tunggal saya yang sudah akan berusia 27 bulan
pada 17hb ini. Walaupun kalau mengikut kaedah yang disaran sebenarnya
kita sudah boleh mengajar anak-anak kita pada peringkat bayi lagi saya
agak lewat memulakannya dan cuma dalam 3-4 bulan ini sahaja saya baru
mula.Mungkin sebab anak saya ni lewat bercakap so saya pun takda lah
nak start awal sangat. Antara teknik-teknik yang saya amalkan:-

1. Selalu berbual dalam bahasa Inggeris dengan anak – Sepatutnya
kaedah yang terbaik ialah `one parent one language' tapi kadang-kadang
tersasul jugak bercakap bahasa Melayu dengan anak saya tu. Tapi most
of the time saya akan bercakap bahasa Inggeris dengan anak saya. Cakap
full sentence dan bukan cakap separuh-separuh atau pun guna bahasa
bayi. Wife saya pula bertutur sepenuhnya dalam bahasa Melayu dengan
anak saya tu. Hasilnya? Memang menakjubkan…Dia boleh faham kedua-dua
bahasa dan yang lebih menarik dia tahu yang dia boleh gunakan
kedua-dua bahasa..Sebagai contoh, kalau dia tak nak sesuatu benda tu
dia akan cakap `no' ataupun `tak nak' . Ini bermakna dia tahu yang
kedua-dua perkataan itu mempunyai maksud yang sama. Apa yang penting
dalam teknik ini ialah anda kenalah consistent dan jangan malu..Usah
pikir sangat apa yang orang lain fikirkan…Biarlah kalau orang nak
mengutuk or nak memperlekahkan kita..Yang penting, anak kita jadi
mahir dalam bahasa Inggeris..betul tak? So kalau saya balik kg wife
saya kat Felda Gunung Besout pun memang saya akan bertutur dengan dia
dalam bahasa Inggeris. Kalau anda campur-campurkan mmg dia akan pening
sikit..or kalau anda nak jugak campur sikit2 pastikan yang kalau dalam
satu ayat tu jgn campur2 kan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris.

2. Gunakan kad imbas – Kad imbas ini boleh anda dapati dengan mudah di
kedai-kedai buku dan juga di hypermarket. Kalau in bahasa Inggeris kad
imbas ni dipanggil `flash card'..Tak tahu lagi? Alaa..benda ni saiz
dia macam daun terup..depan dia ada gambar n belakang ada nama untuk
gambar tu..Ada macam-macam tema untuk kad imbas ni macam animal,
tranportation, human body dan sebagainya. Banyak teknik yang boleh
anda gunakan dengan kad imbas ni. Kelebihan menggunakan kad imbas ini
ialah anda tak perlu terjemahkan dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris
untuk objek-objek yang ada di kad imbas itu. Ini bermakna anak-anak
anda akan belajar perkataan-perkataan baru dalam bahasa Inggeris itu
berdasarkan gambar yang dia lihat itu. Ini amat baik kerana dengan
cara ini, anak-anak anda akan `berfikir' dalam bahasa Inggeris. Pada
mulanya saya menunjukan kad-kad imbas itu kepada anak saya dan
beritahu dia nama objek-objek itu tapi susah sikitlah teknik ini.Dia
macam tak berminat sangat..Dia cuma berminat dengan objek-objek yang
dia dah kenal aja..So apa yang saya buat ialah saya tampalkan beberapa
kad imbas di dinding..Pastikan anda tampal tak terlalu tinggi agar
mudah dia nak tengok..Anda boleh lah buat macam game..Macam
saya..bawak dia pergi ke kad tu dan bercakap `Hello fox' `Hello dog"
dan kdg2 `Bye bye cat' "bye bye crocodile'..Amazingly mmg dia cepat
tangkap..Perkataan `fox' tu pun dia boleh sebut walaupun kita tahu
abjad `x'x tu susah sikit nak sebut..Cuma perkataan-perkataan yang
lebih dari dua sukukata macam `crocodile' tu dia dapat sebut
`cocodile' aje..So jgn letak kad-kad imbas yang perkataan-perkataan
dia panjang-panjang sangat pada peringkat permulaan.. kdg-kdg anda
boleh uji jugak pemahaman dia dengan menegur kad imbas `dog' dengan
berkata `Hello cat' dan kalau dia dah kenal objek itu dia akan
cepat-cepat cakap "Dog lah .." or "Dog lah daddy" dan sebagainya.
Selain dari itu anda boleh jugak tanya anak anda itu, "Where is the
cat" atau "Show me the dog" atau "Say good bye to fox" dan sebagainya.

Kad-kad imbas ni murah je kalau anda nak beli..Kalau nak buat sendiri
pun boleh,,Beli je kad-kad manila ke…or lain2 kertas yang keras dan
kemudian ambil gambar-gambar dari majalah atau akhbar(kalau boleh yg
berwarna) dan kemudian tulis nama-nama objek itu…

Apa yang penting dalam menggunakan teknik-teknik ini ialah :

1. Jangan memaksa mereka –Budak2 kecil ni ada mood dia

2. Konsisten- Jangan kejap buat kejap tidak

3. Ikut pace dia – Jangan risau kalau anak anda lewat sikit
bercakap dengan betul.

4. Pastikan apa yang anda pertuturkan itu betul
tatabahasanya(grammar) dan sebutannya. Kalau tak pasti semaklah
buku-buku grammar dan juga dictionary yang ada tunjukkan sebutan.

So…mudah aja kan?..Jika anda berusaha dengan gigih dari awal..anda tak
perlu pening kepala bila anak anda masuk sekolah nanti..Tak perlu nak
belanja mahal-mahal hantar anak anda ke SmartKid le..Cosmotot le..dan
sebagainya.Anda sendiri boleh mengajar mereka…Kalau anda tak fasih
bahasa Inggeris pun anda boleh mengajar mereka..tapi anda pun kenalah
sanggup belajar semula…Takpun apa yang anda boleh buat ialah beli
buku-buku teks bahasa Inggeris darjah 1 dan 2..tengok perkataan yang
ada dalam bukutu dan gunakan dalam perbualan anda dengan anak anda itu…

So..hope you will try it very soon..Kalau tak dapat result macam
dengan anak saya tu anda kena bersabar aja sikit..Kalau ada apa-apa
hasil atau anda ada teknik-teknik anda sendiri anda boleh lah
berkongsi dengan saya dengan menghantar email kepada saya..


Buat pengetahuan anda semua, buku kedua saya `2 – Perbualan Telefon'
sudah pun berada di pasaran dan boleh dibeli secara pos daripada saya.
Kandungan buku itu adalah seperti berikut :-

1. Pengenalan
1.1 Kenapa buku ini penting untuk anda?
1.2 Kepentingan perbualan telefonyang betul
1.3 Cara untuk memaksimumkan penggunaan buku ini
2. Grammar mudah untuk perbualan telefon
2.1 Pengenalan
2.2 Perbuatan yang kerap berlaku dan keterangan fakta –
Simple Present
2.3 Penggunaan verb + ing untuk perbuatan/aktiviti yang
sedang berlaku sekarang
– Present Progressive
2.4 Perbuatan yang berlaku pada masa lepas dengan penunjuk
masa – Simple Past
2.5 Perbuatan yang sedang berlaku pada masa lepas – Past
Progressive
2.6 Perbuatan yang berlaku pada masa lepas tanpa penunjuk
masa – Present Perfect
2.6.1 Situasi Present Perfect # 1 – Perbuatan
lepas tanpa penunjuk masa
2.6.2 Situasi Present Perfect # 2 – Perbuatan
lepas yang berulang tanpa penunjuk masa
2.6.3 Situasi Present Perfect # 3 – Perbuatan pada
masa lepas dengan penggunaan since
dan for
2.7 Perbuatan yang sedang berlaku dengan penunjuk masa -
Present Perfect Progressive
2.8 Dua perbuatan yang berlaku pada masa lepas – Past Perfect
2.9 Perbuatan yang berlaku pada masa hadapan – Simple Future
2.10 Sumber-sumber untuk memahirkan perbualan telefon
3. Etiket penggunaan telefon
3.1 Etiket perbualan telefon
3.2 Etiket penggunaan telefon bimbit
3.2.1 Etiket penggunaan telefon bimbit di tempat awam
3.2.2 Etiket penggunaan telefon bimbit di tempat kerja
4. Perbualan telefon yang berkesan
4.1 Menjawab panggilan
4.1.1 Menjawab panggilan luar
4.1.2 Menjawab panggilan dalaman
4.2 Membuat panggilan
4.3 Mengambil pesanan
4.4 Menyambungkan sesuatu panggilan
4.4.1 Apabila panggilan telah disambung
4.5 Menapis panggilan
4.5.1 Contoh menapis panggilan
4.6 Menamatkan perbualan
4.6.1 Meringkaskan perbualan
4.6.2 Menamatkan perbualan
5. Menghubungi syarikat telekom
5.1 Melanggan perkhidmatan telefon
5.2 Melanggan perkhidmatan tambahan
5.3 Laporan kerosakan telefon
5.4 Pertanyaan tentang bil
6. Contoh-contoh perbualan telefon
6.1 Menempah bilik hotel
6.2 Susahnya nak telefon awak!
6.3 Asyik dapat nada talian sibuk sahaja!
6.4 Telefon awak rosak ke?
6.5 Membuat tempahan di restoran
6.6 Bertanyakan tentang rumah sewa
6.7 Bertanyakan lokasi
6.8 Maaf, saya tak terbangun!
7. Perbualan telefon sosial
7.1 Pengenalan
7.2 Etiket perbualan telefon sosial
7.2.1 Membuat panggilan
7.2.2 Menjawab panggilan
7.3 Lain-lain contoh perbualan
8. Temu duga melalui telefon
8.1 Pengenalan
8.2 Persediaan untuk ditemu duga
8.3 Petua-petua menyediakan jawapan
8.4 Contoh-contoh soalan temu duga berserta jawapan
8.5 Perkara yang perlu dielakkan semasa ditemu duga
9. Penutup


Pada yang berminat boleh membuat pembayaran untuk sebanyak RM16 ke
akaun wife saya,Siti Raaodah di Maybank bernombor 108159253453. Sila
maklumkan kepada saya bila pembayaran sudah dibuat samaada melalui
email atau sms ke saya di 0193090711.
Penghantaran akan dibuat dalam masa 3 hari selepas pembayaran.

Jika beli dengan buku pertama saya Cara Mudah Menguasai Kemahiran
Berbahasa Inggeris' (RM14) harga kedua2 nya Cuma RM28(Jimat RM2). Jika
ada yang berminat sila inform saya di cikgutuition@yahoo.com

Thursday, August 17, 2006

Tips Dr Fadzillah K amsah

Speech by Dr Fadhilah Kamsah, kepada semua ibu-bapa, Bakal menjadi ibu-bapa
dan kita sendiri sebagai anak.

APA PUNCA ANAK DERHAKA

Sabda Rasulullah s.a.w. "
Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu
hingga tujuh tahun
. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas
belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan
hubungan rapat.
Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau
salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak
kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang
sensitif.
.. . itu salah...

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan
tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.
Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia
beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak
derhaka".
Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama,
latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan
tergamak menderhaka
. "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada
rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu
dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan
persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di
rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.
"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur,
pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak
tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang
panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka
mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan
sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan
mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan
rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau
menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa
dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau
berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak
tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan
ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah
orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor
mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan
tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa
yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa
caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita
derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah
kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu
atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke
masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf
berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.

Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan
buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba
kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta
pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita
buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya
baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?
"Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi
menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang
untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak
dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu
tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan
ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun
sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya
tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada
yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan
nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira
kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau
mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang
anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada
menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil
berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf
mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan
emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri
kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.
"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga
suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan
ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas
menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu
hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di
rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar
menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada
menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi
Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan
pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik
simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita
yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan
bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan

menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim.

Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi,
katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D.
Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya
menempatkan anak-anak anda dikalangan winners.
Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak
Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers
Adalah mudah iaitu:-

Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri
Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri
Mereka tidak boleh.Tips;

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang
baik.
Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda
malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan
yang baik adalah digalakkan).
2.
Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan
anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat
daripada anak yang jarang dipeluk)
3.
Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila
berhadapan dengan persekitaran)
4.
Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya
senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
5.
Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu
melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan
, mereka hanya
kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan
mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6.
Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga

(Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
7.
Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah
tuan/puan mengeluh
. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan
diri mereka beban.
8.
Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang.

Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9.
Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .
10.
Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.
11.
Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.
Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg
dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai
orang lain).
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
13.
Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka .

Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda.
Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16.
Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
17.
Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18.
Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

Wednesday, August 16, 2006

Assalammualaikum Tuan/Puan,

Sempena cuti sekolah pertengahan penggal kedua (19-27 Ogos 2006) Pusat Tuisyen Harmoni Gemilang akan mengadakan Kelas Intensif PMR dan SPM. Maklumatnya adalah seperti berikut:

Kelas Intensif.

Objektif:
Memberi pemantapan dan keyakinan pada pelajar untuk menghadapi PMR/SPM.
Menjadikan pelajar lebih fokus kepada topik-topik penting.
Menyediakan medium yang optimum untuk pelajar dan guru untuk berinteraksi dan bersoal-jawab.
Memastikan pelajar memaksimakan masa cuti dengan pembelajaran yang dibimbing.

PMR
Subjek: Maths and Science
Jumlah masa: 4 Jam/subjek
Yuran/subjek: RM75
Yuran bagi 2 subjek : RM130

SPM
Subjek: Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik tambahan dan Fizik
Jumlah masa: 4 Jam/Subjek
Yuran/subjek : RM85
Yuran bagi 4 subjek : RM300


"Program Score A"

Kami juga menyediakan program "Score A".
Program ini merupakan kaedah pembelajaran melalui internet, dimana pelajar-pelajar dapat menjawab soalan pelbagai aras (mudah, sederhana, sukar) bagi setiap topik.

Kelebihan "Program Score A"
1.Disokong dan diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
2.Soalan-soalan digubal oleh penggubal soalan UPSR/PMR.
3.Bank Soalan yang mengandungi 100,000+ soalan.
4.Pelajar dapat mengetahui jawapan pada itu juga (real-time).
5.Ibu/Bapa/Penjaga dapat memantau perkembangan pembelajaran pelajar-pelajar melalui sms.
6.Soalan percubaan dan soalan UPSR/PMR tahun-tahun yang terdahulu disediakan.

Subjek yang ditawarkan

Sekolah Rendah (Tahun 1-6)
1.B.Melayu
2.English
3.Maths
4.Science
5.B.Cina

Sekolah Menengah Rendah
1.B.Melayu
2.English
3.B.Cina
4.Geografi
5.Sejarah
6.Maths
7.Science

Silibus terkini.

Perkara yang perlu diberi perhatian:
1.Tuan/Puan mesti mempunyai komputer berinternet untuk menggunakan program ini.
2.Hanya soalan berbentuk objektif sahaja disediakan.
3.Khas untuk pelajar tahun 1 hingga tingkatan 3 sahaja.
4.Soalan tidak boleh dibuat offline dan tidak boleh dicetak.

Yuran:
RM248-seorang pelajar untuk 3 bulan
RM496-dua orang pelajar untuk 6 bulan
bagi ibu bapa yang mempunyai lebih 2 orang anak, penambahan RM50 bagi setiap anak(anak yang ke-3 hingga ke-5)

Sebagai Contoh: Pak Ahmad mempunyai 4 orang anak . Pak Ahmad perlu membayar, RM496+50+50 = RM596

Filtering Software K9 akan diberikan percuma untuk mengelakkan pelajar melawati laman web yang mengandungi unsur-unsur yang buruk.

Terima Kasih atas perhatian Tuan/Puan

Hanafi

Tuesday, August 15, 2006

Hello welcome to Tuisyen Harmoni Blogger. I hope this blog will not only serve as communication medium to the admin, parents and students. Discussions, change of ideas, and sharing of educational articles/infromation are welcome.

Thanks,

Hanafi