Sunday, December 26, 2010

Buku rujukan.
Buku rujukan adalah bahan pembelajaran tambahan untuk membantu kefahaman murid-murid, ia merupakan tambahan pada buku teks sekolah. Terdapat pelbagai buku rujukan pilihan untuk semua peringkat murid di pasaran, dari jenis yang bersaiz poket hinggalah ke yang komprehensif. Setiap jenis mempunyai keunikan dan keistimewaan yang tersendiri. Mari kita lihat apakah pilihan yang ada?

Buku bersaiz poket.
Pengisian yang padat, sesuai untuk revisi sebelum ke dewan peperiksaan.

Buku rujukan untuk tahun atau tingkatan spesifik.
Contohnya buku rujukan sains tahun 6 , buku rujukan sejarah tingkatan 3, buku rujukan Matematik tingkatan 4. Buku-buku rujukan tersebut sesuai bagi murid-murid untuk mengetahui lebih mendalam mengenai topik-topik dalam buku tersebut, ulasan dan juga penerangan yang diberikan adalah lebih komprehensif.

Buku rujukan UPSR, PMR dan SPM
Buku-buku rujukan ini disusun khas untuk murid-murid yang akan mengambil peperiksaan umum di atas. Isi-isi dalam buku-buku ini dioptimakan agar selari dengan buku teks dan berorientasikan peperiksaan. Saya akan mencadangkan supaya membeli buku seperti ini berbanding buku rujukan untuk tahun atau tingkatan yang spesifik.

Saturday, December 18, 2010

Keputusan PMR dan pemilihan aliran.

Rasa berdebar-debar menanti keputusan PMR yang bakal tiba pada 23 Disember ini. Semoga semua murid-murid PMR khususnya murid-murid tuisyen harmoni bakal mendapat keputusan yang cemerlang.

Kemana seterusnya selepas ini? Murid-murid boleh memilih aliran sains atau sastera yang ditawarkan di sekolah. Setiap murid mesti mengambil subjek teras, B.Malaysia, English, Maths, Sejarah dan Pendidikan Islam. Subjek-subjek elektif pula ditawarkan dalam 2 aliran utama,  iaitu aliran sains menawarkan Biology, Chemistry, Physics, Add.Maths, dan aliran sastera pula menawarkan  Geografi, Perdagangan, Ekonomi Asas dan lain-lain. Maklumat lanjut dan lebih terperinci boleh didapati di sini.
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Pejam-celik, pejam-celik, cuti sekolah hanya tinggal beberapa belas hari saja lagi. Begitu pantas masa meninggalkan kita. Adakah anak-anak kita telah menggunakan masa sebaiknya semasa cuti ini? Adakah cuti hujung tahun ini dapat meninggalkan kesan yang baik untuk anak-anak kita memulakan sesi pembelajaran baru? Harapan kita semoga masa mereka diisi dengan aktiviti-aktiviti berfaedah.

Baiklah, sesi pembelajaran baru akan tiba, kitar pembelajaran baru akan bermula semula. Sebelum itu, apa kata jika merenung kembali ke masa lepas, mungkin ada beberapa perkara yang boleh kita pelajari darinya. Ada murid-murid yang telah menerima report card sebelum cuti ini dan sebahagian yang lainnya bakal menerimanya diawal tahun.

Ada murid yang mendapat keputusan cemerlang, sederhana dan kurang memuaskan. Keputusan ini memberi gambaran tentang usaha murid tersebut sepanjang tahun. Keputusan yang diterima bukanlah boleh terjadi secara tiba-tiba atau cepat, ianya satu proses yang berterusan, dari awal ke pertengahan tahun dan ke akhir sesi. 2010 Perkara ini memang bersesuaian dengan proses pembelajaran, yang sedikit demi sedikit akhirnya jadi bukit.

Tuesday, November 30, 2010


Bagaimana membantu murid-murid menjadi cemerlang?

Ada beberapa faktor yang menjadikan murid-murid menjadi lemah, antara faktor utama adalah masalah sikap. Sikap yang kurang proaktif untuk dalam pembelajaran, bertangguh dalam tugasan atau kerja rumah, kurang kemahiran dalam mengatur masa dan pengaruh rakan sebaya serta fasiliti hiburan yang meluas antara perkara yang menyumbang pada masalah ini. Jika kita bertanya murid-murid ini adakah mereka ingin dibantu? Kemungkinan besar jawapannya adalah ya. 
Perkara ini dapat diatasi dengan luasnya jalur komunikasi supportif antara ibu/bapa/penjaga dan murid, dan juga antara guru dan murid. Mereka perlukan bimbingan dan perhatian, dan sebaik-baiknya datang dari ayah dan ibu dengan cara yang berhikmah.

Wednesday, March 17, 2010

Congratulation on your excellent results in SPM 2009. You prove you're against all odds.



Anis Nabilah Bt. Rozali, SMK Lembah Keramat 8A
Nurina Khaliesya Azman, SMK Seri Keramat 6A
Noor Syazwana Bt. Mat Islan, SMK Lembah Keramat 5A
Nur Nabilah Bt. Umar, SMK Lembah Keramat 5A
Nur Athirah Bt. Azman, SMK Wangsa Melawati 5A
Nur Izzati Bt. Rosnan, SMK Seri Keramat 4A

May this success propagates . . . . Amin.

Sunday, February 07, 2010

Membaca dapat meningkatkan penguasaan B.Inggeris anda.
Kemahiran menguasai Bahasa Inggeris untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan adalah satu proses. Pelajar-pelajar mesti membuat sedikit pengorbanan untuk perubahan. Membaca buku, majalah atau suratkhabar berbahasa Inggeris merupakan langkah awal bijak.

Thursday, February 04, 2010

Latih Tubi dalam Pembelajaran

Kefahaman pada topik-topik dalam subjek bukanlah jaminan untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Keupayaan pelajar untuk mengenal pasti aras, pola dan seterusnya teknik menjawab merupakan elemen yang tidak dapat disangkal kepentingannya.