Monday, May 30, 2011

Jadual Kelas Tuisyen Semasa Cuti Minggu Pertama (30Mei-1 Jun 2011)

Salam Hormat,

Selamat bercuti buat semua adik-adik, terutama pelajar-pelajar
sekolah berasrama penuh. Mudah-mudahan cuti kali ini dipenuhi
dengan pelbagai aktiviti yang sihat, menceriakan dan ilmiah.

Kami membuat sedikit perubahan pada minggu pertama cuti kali
ini. Semua kelas malam akan digantikan pada hari Sabtu (4 Jun 2011)
dan Ahad (5 Jun 2011). Jadual penuh adalah seperti berikut:

Tahun 4, Tahun 6 Harmoni dan Tahun 6 Elit.
Sabtu:9.00am-11.am
Ahad:9.00am-11.am

Tingkatan 1
Sabtu:
11.00am-11.50am-Maths
11.50am-12.40pm-Science
12.40pm-1.30pm-Sejarah

Ahad:
2pm-2.50pm-English
2.50pm-3.40pm-B.M.
3.40pm-4.30pm-Geografi

Tingkatan 2
Sabtu:
11.00am-11.50am-Science
11.50am-12.40pm-Sejarah
12.40pm-1.30pm-Maths

Ahad:
2pm-2.50pm-B.M.
2.50pm-3.40pm-Geografi
3.40pm-4.30pm-English

Tingkatan 3
Sabtu:
11.00am-11.50am-Sejarah
11.50am-12.40pm-Maths
12.40pm-1.30pm-Science

Ahad:
2pm-2.50pm-Geografi
2.50pm-3.40pm-English
3.40pm-4.30pm-BM.

Tingkatan 4
Sabtu:
2pm-2.50pm-Maths
2.50pm-3.40pm-B.M.
3.40pm-4.30pm-Sejarah

Ahad:
11.00am-11.50am-Science
11.50am-12.40pm-English


Tingkatan 5
Sabtu:
2pm-2.50pm-B.M.
2.50pm-3.40pm-Sejarah
3.40pm-4.30pm-Maths

Ahad:
11.00am-11.50am-English
11.50am-12.40pm-Science

Terima kasih atas perhatian Tuan/Puan dan
mohon maaf atas kesulitan. Selamat bercuti.

Sunday, May 15, 2011

Intensif Cuti Sekolah (Mei/Jun 2011)


Cuti sekolah bakal tiba lagi . . . . . . .
Inilah masa untuk berehat dan beriadah.


Tapi nasihat yang sebagaimana biasa, jangan lupakan buku.
Terutama adik-adik yang bakal menduduki UPSR, PMR
dan SPM 2011.


Cuti kali ini kami menawarkan Intensif Cuti Sekolah
dengan pertandingan bowling. Pelajar-pelajar dapat,
mengulangkaji pelajaran dengan bimbingan guru dengan
beriadah melalui permainan bowling.


Program Intensif Cuti Sekolah ini memberi peluang kepada 
pelajar-pelajar untuk mengulangkaji semula topik-topik 
dengan bimbingan guru-guru berpengalaman.


Dalam Intensif Cuti Sekolah kali ini, ulangkaji akan dibuat
secara topikal berpandukan soalan-soalan peperiksaan 
UPSR, PMR dan SPM yang  lepas, untuk membiasakan
pelajar-pelajar  dengan format dan piawai soalan. 


Pelajar-pelajar boleh memperbaiki kelemahan dalam 
pelajaran dan juga menyiapkan diri untuk menghadapi 
peperiksaan dengan lebih yakin.


Masa cuti sekolah ini juga dapat digunakan sebagai 
satu kelebihan bagi pelajar-pelajar untuk mencapai 
kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.









Butiran program adalah seperti berikut:


UPSR
Subjek: Bahasa Malaysia, English, Maths dan Science.


PMR
Subjek: Bahasa Malaysia, English, Maths dan Science.

SPM
Subjek: Biology, Chemistry, Physics dan Add.Maths


Jadual Intensif Cuti Sekolah Mei/Jun 2011.


Pertandingan bowling pula akan diadakan pada
Ahad, 5 Jun 2011 di Wangsa Walk. Bowling dipilih 
sebagai satu aktiviti riadah kerana ia merupakan 
permainan yang menyeronokkan dan menyihatkan, 
permainan ini juga sesuai untuk semua peringkat umur.

Bak kata pepatah "akal yang sihat datang dari badan 
yang sihat." 


Yuran program adalah RM250 atau RM300 untuk 
Pakej Famili-Program Cuti Sekolah, untuk kesemua
anak-anak Anda.






Sila hubungi Cikgu Nazari untuk keterangan lanjut di 013-6030035
atau e-mel ke tuisyenharmoni@gmail.com.




Keyakinan diri dan kecemerlangan.

Membentuk keyakinan diri ke arah kecemerlangan bukanlah satu 
perkara yang mudah. Ia merupakan proses berterusan seumpama
tunas pokok yang perlu dijaga, disiram dan dibaja sehingga ia 
membesar menjadi pokok yang menghasilkan buah.

Peranan ibu/bapa/penjaga adalah amat kritikal dimasa murid
diperingkat sekolah rendah. Perhatian, bimbingan, galakan
dan kata-kata motivasi banyak membantu murid-murid 
mendapat kejayaan awal. 

Mari kita lihat pada skop yang lebih kecil, kejayaan besar 
bermula dari kejayaan-kejayaan kecil atau mempelajari
kesilapan dan memperbaikinya, seperti satu blok domino,
boleh menjatuhkan blok-blok yang lain. 






Apabila murid-murid berjaya mencapai  kejayaan yang kecil seperti 
lulus ujian-ujian dalam kelas, ini meningkatkan keyakinan
dirinya untuk terus merebut kecemerlangan dalam peperiksaan.

Jika murid-murid mendapat peningkatan yang menggalakkan,
ia boleh menjana kecemerlangan yang berterusan kelak.


Namun jika gagal, kata-kata motivasi amat membantu untuk
meningkatkan lagi keyakinan mereka.


"Takpe nak, kegagalan itu adalah kejayaan yang tertunda"