Thursday, March 10, 2011

Kelas Revisi Intensif Maths dan 
Bengkel Lukisan Kejuruteraan 
Cuti Sekolah percuma, Mac 2011

Pengurusan masa secara bijak merupakan ciri-ciri 
pelajar cemerlang, penggunaan masa semasa cuti
dengan baik, dapat membantu memberikan keyakinan
pada pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan. 


Kami akan mengadakan program
bersifat pengukuhan asas bagi membantu persiapan
pelajar-pelajar untuk menghadapi peperiksaan UPSR, 
PMR dan SPM kelak bagi subjek-subjek terpilih,
sepanjang cuti penggal Mac ini.

Program yang ditawarkan adalah:

  • Kelas Revisi Intensif Maths UPSR & PMR
  • Bengkel Lukisan Kejuruteraan (SPM)

Thursday, March 03, 2011

Kelas "Prep/Homework Coaching" Cuti Sekolah percuma , Mac 2011.

Kami akan mengadakan kelas "prep/homeworkcoaching"
musim cuti sekolah ini khas untuk murid-murid tahun 4
hingga tingkatan 5 untuk subjek terpilih.

Objektif program adalah seperti berikut:
1.Memberi pemantapan dan keyakinan pada pelajar untuk
menghadapi UPSR/PMR/SPM 2011
2.Menjadikan pelajar lebih fokus kepada topik-topik penting.
3.Menyediakan medium yang optimum untuk pelajar dan guru
untuk berinteraksi.
4.Memastikan pelajar memaksimakan masa cuti dengan
pembelajaran yang dibimbing.

Kelas ini diadakanuntuk memberi peluang kepada murid-murid
untuk menyiapkan kerja rumah dan mengulangkaji semula
topik-topik yang telah dipelajari dengan bimbingan guru-guru
berdedikasi.

Murid-murid boleh memperbaiki kelemahan dalam pelajaran dan
juga menyiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan.


Subjek-Subjek yang ditawarkan:

Sekolah Rendah: English, Maths & Science.

PMR : English, Maths & Science.

SPM :Maths, A.Maths, Physics & Chemistry.

Tarikh: 14-18 Mac 2011
Masa: 5pm-7pm

Kelas adalah percuma. Tempat terhad 100 orang
murid saja. Sila daftar segera. Sila hubungi 03-4142 9544
(Isnin-Jumaat, 5.30pm-10.30pm) atau C.Al-Amin,
013-356 3080 untuk keterangan lanjut.