Friday, October 12, 2007

Selamat Hari Raya Aidilfitri pada keluarga saya, pada papa dan mama yang tak pernah mengenal erti mengalah dalam memberi sokongan, pada Fadilah, isteri tercinta, anakku humaira, abg.Avis yang berada di perantauan, Kak. Ayi, Wani, Mira dan nenek. Jasamu tak dapat ku bayar sampai akhir hayatku.

Selamat Hari Raya Aidilfitri juga kami ucapkan kepada semua tenaga pengajar PTHG, staf, ibu/bapa/penjaga, murid-murid dan tak lupa sahabat-sahabat kami di Urusinsan, bicarajutawan.com serta muslimin/muslimat dimana jua.

Mohon ampun dan maaf atas segala kesalahan dan kesilapan kami.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan yang berterusan dari semua pihak.

Monday, October 08, 2007

Revisi Intensif SPM (20 Okt-11Nov 2007)

Kami akan mengadakan Program Revisi Intensif SPM bagi membantu murid-murid untuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan SPM. Program ini akan diadakan pada setiap hujung minggu , pada tarikh-tarikh berikut: 2o Okt, 21 Okt, 27Okt, 28Okt, 3Nov, 4Nov,10Nov, 11Nov.

Program ini menekankan pada ulangkaji dan latih-tubi sistematik untuk subjek-subjek terpilih, ia juga menitikberatkan pada latihan berteraskan soalan-soalan SPM tahun-tahun lepas dan juga soalan ramalan. Selain itu program dibimbingan oleh guru-guru berpengalaman.
Evaluasi ringkas akan diadakan bagi setiap sesi dan berorientasikan pada peperiksaan SPM.

Marilah daftar segera, tempat adalah terhad

Yuran hanya RM80 setiap subjek, nota percuma.

Jadual RevisiIntensif SPM

Tuesday, October 02, 2007

Perjumpaan Ahli Urusinsan: Sesi Terapi Kewangan (6 Oktober 2007)

Tajuk perbincangan utama : Apa itu perancangan kewangan?

Orang Kaya Hidup Sederhana tapi Golongan Sederhana Hidup Mcm Org Kaya tapi miskin, " The Rich Lives Like The Middle Class However Most Middle class Lives Like the Rich but POOR".

Dalam kita sibuk memikirkan apakah pelaburan yang dapat memberi keuntungan yang lumayan, kita lupa untuk melabur untuk diri sendiri dengan Ilmu.

Dengan Ilmu pengetahuan kita dapat merancang kewangan dengan baik , kita dapat memilih pelaburan berdasarkan kemampuan kita, bijak memilih instrumen kewangan yang sesuai dan dapat mengelakkan dari membuat siri kesilapan yang membuatkan kita sentiasa berada dalam ratrace.

Datanglah ke sesi terapi kewangan khas untuk ahli Urusinsan sahaja. Sesi ini memberi peluang kepada ahli Urusinsan untuk bertukar-tukar pendapat tentang bagaimana untuk menyelesaikan masalah kewangan.

Sesi Terapi Kewangan akan dihadiri oleh En.Zaidi, pengasas Urusinsan yang juga mengambil peranan sebagai moderator dan juga ahli-ahli senior dari forum Urusinsan yang sudi berkongsi pengalaman dan kaedah bagaimana mereka berjaya menukar aliran tunai negatif kepada positif dan alat kewangan yang sesuai untuk mencapai matlamat kewangan anda.

Butirannya adalah seperti berikut:

Tarikh: 6 Oktober 2007
Hari:Sabtu
Masa: 9.30-12malam.
Tempat: Pusat Tuisyen Harmoni Gemilang, Wangsa Melawati.



Tentatif Sesi Terapi:

9.30pm-10pm: Kehadiran peserta/makanan ringan
10-11pm:Sesi bermula
11-11.20pm: Rehat
11.20-12am: Sesi bersambung
12am:Bersurai/Bersahur

Yuran: RM30 (Termasuk makanan)

Sila e-melkan pada saya pendaftaran anda selewat-lewatnya pada 4 Oktober 2007, hanafi2k@gmail.com / 012-6568810

Tempat adalah hanya untuk 30 orang sahaja, sila daftar segera!!!

Format pendaftaran:

Nama:
No.Telefon Bimbit:
E-mail:
Tempat:

**Jangan lupa bawa kalkulator untuk kegunaan sendiri semasa sesi terapi.


**Kenyataan Penafian

Ini adalah perjumpaan untuk ahli kelab urusinsan sahaja, sesi ini bukan bertujuan sebagai khidmat nasihat kewangan atau perkhidmatan kewangan , ianya hanyalah satu aktiviti sosial diantara ahli kelab untuk saling bertukar pendapat disamping mengeratkan silaturahim , sebarang pandangan dan pendapat yg dibicarakan semasa perjumpaan adalah merupakan kenyataan individu yang tidak mewakili mana-mana pertubuhan atau syarikat kewangan. Segala risiko menggunakan pandangan dan pendapat adalah ditanggung sendiri oleh mereka yang menggunakannya, pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap apa juga pandangan serta pendapat yg dilemparkan semasa sesi perjumpaan kelak."