Saturday, March 28, 2009

Revisi Intensif PMR



Pusat Tuisyen Harmoni memperkenalkan Revisi Intensif PMR. Program ini berkonsepkan pembelajaran melalui latihan-tubi berterusan bagi menyediakan murid-murid untuk menghadapi PMR. Analisis soalan-soalan PMR juga disediakan untuk mendedahkan mereka pada contoh soalan bertahap PMR dan menjadikan mereka fokus untuk mencapai kecemerlangan.

Antara subjek-subjek yang ditawarkan adalah

B.Malaysia, English, Mathematics, Science, Sejarah, Geografi.

Berikut adalah objektif bengkel:
  • Memantapkan penguasaan subjek melalui asas yang teguh.
  • Memberi pemahaman melalui latihan dalam kumpulan.
  • Memberi pendedahan pada tips-tips peperiksaan.
  • Meningkatkan motivasi untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
  • Memanfaatkan hujung minggu dengan pembelajaran optima.
Setiap Ahad, 8.30pagi-11.45pagi.


Pendaftaran bermula pada April 2009. Yuran program adalah RM100/bulan termasuk nota.
Sila hubungi Hanafi, 012-6568810 atau Hazwani, 012-2574746 untuk keterangan lanjut.
Tuan/Puan,

Revisi Intensif PMR dan Promosi April 2009


Salam hormat dan sejahtera kepada Ibu/Bapa/Penjaga dan murid-murid.

2. Kami ingin memperkenalkan Revisi Intensif PMR. Program ini berkonsepkan pembelajaran melalui latihan-tubi berterusan selama 5 bulan bagi menyediakan murid-murid untuk menghadapi PMR dengan bimbingan guru-guru berpengalaman. Analisis soalan-soalan PMR juga disediakan untuk mendedahkan mereka pada contoh soalan bertahap PMR dan menjadikan mereka fokus untuk mencapai kecemerlangan.

Antara subjek-subjek yang ditawarkan adalah
B.Malaysia, English, Mathematics, Science, Sejarah, Geografi.
Berikut adalah objektif bengkel:
Memantapkan penguasaan subjek melalui asas yang teguh.
Memberi pemahaman melalui latihan dalam kumpulan.
Memberi pendedahan pada tips-tips peperiksaan.
Meningkatkan motivasi untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
Memanfaatkan hujung minggu dengan pembelajaran optima.
Pendaftaran bermula pada April 2009.

Kelas akan diadakan setiap Ahad, 4 sesi setiap bulan pada 8.30am-11.45am. Yuran Revisi Intensif PMR adalah RM100/bulan termasuk nota. Sila daftar segera, tempat terhad.


3. Kami juga menawarkan yuran pada kadar istimewa untuk pelajar-pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4 yang mendaftar pada bulan April. Bagi pelajar-pelajar tingkatan 1, kami menawarkan yuran RM60/bulan untuk 20 pendaftaran pertama. Pelajar-pelajar Tingkatan 4 pula boleh menikmati promosi 3+2, dengan mengambil 3 subjek mereka boleh mendapat 2 subjek percuma. Promosi 3+2 ini juga untuk 20 pendaftaran pertama.

4. Sekarang pelajar-pelajar dapat mengikuti kelas pembacaan Al-Quran dengan mengikuti kaedah Qiraati iaitu cara belajar membaca al quran secara cepat dan tartil melalui pakej tuisyen dan qiraati, dengan hanya menambah RM40. Kaedah Qiraati ini dapat dipelajari dengan mudah oleh kanak-kanak seusia 5 tahun ke atas. Kelas ini sesuai untuk pelajar-pelajar yang tidak mempunyai asas dalam pembacaan Al-Quran atau mereka yang ingin memperbaiki bacaan.

5. Maklumat lanjut mengenai kelas tuisyen, jadual tuisyen, takwim peperiksaan UPSR,PMR & SPM dan lain-lain lagi boleh didapati melalui laman blog kami di http://tuisyen.blogspot.com.

6. Kami juga ingin menjemput pelajar-pelajar untuk mengambil peluang untuk menikmati kemudahan internet, fotostat, binding dan laminating yang disediakan rakan niaga kami yang terletak di No.9A, Jalan Wangsa Melawati 4. Mereka mengadakan promosi penggunaan internet percuma selama 1 jam diantara 28 Mac-5 April 2009. Sila dapatkan kupon promosi ini dari kaunter kami.

7. Terima kasih atas sokongan Tuan/Puan yang berterusan.

Yang Benar,
Hanafi Nirwan

Thursday, March 05, 2009

Kelas Intensif Cuti Sekolah (UPSR, PMR & SPM) Mac 2009

Pusat Tuisyen Harmoni Gemilang akan menganjurkan program intensif cuti sekolah khas untuk murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM.

Objektif:
1.Memberi pemantapan dan keyakinan pada pelajar untuk menghadapi UPSR/PMR/SPM 2009.
2.Menjadikan pelajar lebih fokus kepada topik-topik penting.
3.Menyediakan medium yang optimum untuk pelajar dan guru untuk berinteraksi.
4.Memastikan pelajar memaksimakan masa cuti dengan pembelajaran yang dibimbing.

Program Intensif Cuti Sekolah ini memberi peluang kepada murid-murid untuk mengulangkaji semula topik-topik yang telah dipelajari dengan bimbingan guru-guru berpengalaman.

Murid-murid boleh memperbaiki kelemahan dalam pelajaran dan juga menyiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan.

Subjek-Subjek yang ditawarkan:

UPSR :BM (Pemahaman dan penulisan), English, Maths & Science.

PMR :BM, English, Maths & Science.

SPM :BM, Maths, Akaun, Ekonomi, Physics & Chemistry


Yuran:

UPSR : Pakej 4 Subjek, RM80

PMR :Pakej 4 Subjek, RM100

SPM :Pakej 4 Subjek, RM120, 1 Subjek, RM40

Tuan/Puan boleh menempah tempat untuk pelajar-pelajar dibawah jagaan Tuan/Puan dengan membuat pembayaran ke:

Akaun Bank Islam, Harmoni Gemilang Solutions: 12113010029722.

(Business Registration No:001646126-W)
Sila e-melkan no.rujukan, tarikh dan masa pembayaran ke hanafi2k@gmail.com.

Sila sampaikan maklumat ini pada sesiapa yang mungkin berminat untuk mengikuti program ini. Terima kasih.

Hanafi
+60126568810

Hazwani

+60122574746


Sila daftar segera, tempat terhad.