Monday, April 28, 2008

Alhamdulillah, mini seminar di sekolah Setiabudi Gombak telah diadakan pada 18/4/08.

Terima kasih kepada pihak sekolah yang memberi peluang kepada kami untuk mengadakan seminar ini dan juga bantuan dan layanan yang mesra sepanjang kami berada di sana.

Komen murid-murid dan guru pula adalah seperti berikut:

Menarik, penuh informasi dan amat memuaskan.

Siti Nurul Atikah, Gombak.


Meriah@Happening gler!!!, Fun @ kelakar!!!

Nur Shahira, Petaling Jaya


Program sangat baik. Penerangan dan pengawalan audiens sangat baik.

Cikgu Nurlatifah Abu Bakar



Besar harapan kami supaya program-program akademik dapat diadakan lagi disini.

Terima kasih.



Tuesday, April 22, 2008

Alhamdulillah, Sabtu lepas(19/4), seminar peperiksaan PMR/SPM dapat dijayakan di Sekolah Islam Adni dengan kerjasama guru-guru pakar dan pentadbiran sekolah.

Kami mengucapkan terima kasih pada pihak sekolah kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk menjalankan seminar ini, khusus kepada C.Akmal dan C.Nadia yang sentiasa memberi bantuan. Tidak lupa juga, terima kasih pada guru-guru penceramah yang dapat memberikan komitmen yang tinggi.

Kami berharap dengan adanya program ini pelajar-pelajar akan berasa lebih yakin untuk menghadapi peperiksaan dengan tips-tips dan teknik menjawab yang disampaikan guru-guru seminar.

Hanafi