Perjumpaan Ahli Urusinsan: Sesi Terapi Kewangan (6 Oktober 2007)
Tajuk perbincangan utama : Apa itu perancangan kewangan?
Orang Kaya Hidup Sederhana tapi Golongan Sederhana Hidup Mcm Org Kaya tapi miskin, " The Rich Lives Like The Middle Class However Most Middle class Lives Like the Rich but POOR".
Dalam kita sibuk memikirkan apakah pelaburan yang dapat memberi keuntungan yang lumayan, kita lupa untuk melabur untuk diri sendiri dengan Ilmu.
Dengan Ilmu pengetahuan kita dapat merancang kewangan dengan baik , kita dapat memilih pelaburan berdasarkan kemampuan kita, bijak memilih instrumen kewangan yang sesuai dan dapat mengelakkan dari membuat siri kesilapan yang membuatkan kita sentiasa berada dalam ratrace.
Datanglah ke sesi terapi kewangan khas untuk ahli Urusinsan sahaja. Sesi ini memberi peluang kepada ahli Urusinsan untuk bertukar-tukar pendapat tentang bagaimana untuk menyelesaikan masalah kewangan.
Sesi Terapi Kewangan akan dihadiri oleh En.Zaidi, pengasas Urusinsan yang juga mengambil peranan sebagai moderator dan juga ahli-ahli senior dari forum Urusinsan yang sudi berkongsi pengalaman dan kaedah bagaimana mereka berjaya menukar aliran tunai negatif kepada positif dan alat kewangan yang sesuai untuk mencapai matlamat kewangan anda.
Butirannya adalah seperti berikut:
Tarikh: 6 Oktober 2007
Hari:Sabtu
Masa: 9.30-12malam.
Tempat: Pusat Tuisyen Harmoni Gemilang, Wangsa Melawati.
Tentatif Sesi Terapi:
9.30pm-10pm: Kehadiran peserta/makanan ringan
10-11pm:Sesi bermula
11-11.20pm: Rehat
11.20-12am: Sesi bersambung
12am:Bersurai/Bersahur
Yuran: RM30 (Termasuk makanan)
Sila e-melkan pada saya pendaftaran anda selewat-lewatnya pada 4 Oktober 2007, hanafi2k@gmail.com / 012-6568810
Tempat adalah hanya untuk 30 orang sahaja, sila daftar segera!!!
Format pendaftaran:
Nama:
No.Telefon Bimbit:
E-mail:
Tempat:
**Jangan lupa bawa kalkulator untuk kegunaan sendiri semasa sesi terapi.
**Kenyataan Penafian
Ini adalah perjumpaan untuk ahli kelab urusinsan sahaja, sesi ini bukan bertujuan sebagai khidmat nasihat kewangan atau perkhidmatan kewangan , ianya hanyalah satu aktiviti sosial diantara ahli kelab untuk saling bertukar pendapat disamping mengeratkan silaturahim , sebarang pandangan dan pendapat yg dibicarakan semasa perjumpaan adalah merupakan kenyataan individu yang tidak mewakili mana-mana pertubuhan atau syarikat kewangan. Segala risiko menggunakan pandangan dan pendapat adalah ditanggung sendiri oleh mereka yang menggunakannya, pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap apa juga pandangan serta pendapat yg dilemparkan semasa sesi perjumpaan kelak."
No comments:
Post a Comment