Wednesday, July 18, 2007

Seminar UPSR di Sekolah Islam Adni (17&18 Julai 2007)

Alhamdulillah, seminar UPSR telah berjaya diadakan di Sekolah Islam Adni, Tmn. Sri Ukay,Ampang Selangor dengan pengisian yang mantap dari penceramah-penceramah dan kerjasama dari pihak pentadbiran Sekolah Rendah Islam Adni.

Antara komen-komen yang dapat kami ambil:

Good! I feel confident to attend UPSR questions. I really enjoy the slideshows. I got many tips now.Thank you speakers!
-Mohammad Reza

Alhamdulillah, Seminar ini sungguh menyeronokkan. Saya dapat menambahkan ilmu dan teknik-teknik menjawab soalan-soalan UPSR. Seminar ini memberi rangsangan untuk berjaya dalam UPSR.
-Nurul Hana Batrisya

Terima kasih pada penceramah-penceramah dan juga pihak pentadbiran Sekolah Rendah Islam Adni.

Monday, July 16, 2007

Home Tuition

Kami ada menyediakan kelas home tuition untuk pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan UPSR, PMR dan SPM 2007.

Kelebihan kelas
home tuition berbanding kelas tuisyen biasa adalah seperti berikut:

  • Pembelajaran di rumah pelajar.
  • Penumpuan khas untuk seorang pelajar atau kumpulan kecil.
  • Masa pembelajaran fleksibel.
  • Pelajar boleh memilih topik-topik untuk subjek pilihan.
  • Pelajar mudah untuk membuat pertanyaan.

Jika anda perlukan bantuan untuk subjek-subjek tertentu, sila hubungi kami dengan mengisi borang di ruangan sebelah kanan blog ini atau menghubungi talian 012-6568810 (Hanafi) untuk keterangan lanjut.