Tuesday, March 27, 2007

Seminar Bulanan untuk pelajar-pelajar UPSR, PMR & SPM

Bermula pada bulan ini, April 2007, kami akan mengadakan seminar secara bulanan untuk pelajar UPSR, PMR dan SPM untuk subjek-subjek terpilih.

Pelajar-pelajar akan didedahkan lebih awal dengan konsep peperiksaan, format peperiksaan, topik-topik penting, teknik menjawab dan analisis soalan-soalan serta kesilapan yang sering dilakukan.
klik disini untuk Jadual Seminar 2007
Kami mengenakan harga yuran yang minimal khas untuk pelajar-pelajar P.Tuisyen Harmoni, hanya RM18 untuk setiap pelajar bagi setiap sesi seminar.

Kami berharap pelajar-pelajar dapat mengambil manfaat dari kepakaran guru-guru seminar untuk lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan kelak.
Selamat Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.

Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun.Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.

Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.

Petikan dari:
http://www.al-azim.com/masjid/rabiulawal1428H/maulud.htm

Thursday, March 08, 2007

Sempena cuti sekolah yang akan tiba, Pusat Tuisyen Harmoni Gemilang
akan mengadakan Kelas
Intensif Cuti Sekolah untuk pelajar-pelajar UPSR, PMR dan SPM. Pelajar-pelajar berkesempatan membuat ulangkaji bagi subjek-subjek yang ditawarkan semasa cuti sekolah ini.

Antara objektif kelas intensif ini adalah, memberi pemantapan dan keyakinan pada pelajar untuk menghadapi UPSR/PMR/SPM, menjadikan pelajar lebih fokus kepada topik-topik penting, menyediakan medium yang optimum untuk pelajar dan guru untuk berinteraksi dan bersoal-jawab dan memastikan pelajar memaksimakan masa cuti dengan pembelajaran yang dibimbing.

Kami juga akan mengadakan Seminar UPSR/PMR/SPM secara bulanan bertujuan memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar untuk bersiap sedia menghadapi peperiksaan yang akan datang.


Sila klik link disini untuk jadual.