Thursday, May 21, 2009



Kelas Intensif Cuti Sekolah (UPSR & PMR) Jun 2009

Sempena cuti Sekolah pada bulan Jun ini, Pusat Tuisyen Harmoni Gemilang akan menganjurkan program intensif cuti sekolah khas untuk murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR & PMR 2009.

Objektif Program:

  • Memberi pemantapan dan keyakinan pada pelajar untuk menghadapi UPSR/PMR.

  • Menjadikan pelajar lebih fokus kepada topik-topik penting.

  • Menyediakan medium yang optimum untuk pelajar dan guru untuk berinteraksi dan bersoal-jawab.

  • Memastikan pelajar memaksimakan masa cuti dengan pembelajaran yang dibimbing.


Program Intensif Cuti Sekolah ini memberi peluang kepada murid-murid untuk mengulangkaji semula topik-topik yang telah dipelajari dengan bimbingan guru-guru berpengalaman.

Murid-murid boleh memperbaiki kelemahan dalam pelajaran dan juga menyiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan dengan lebih yakin.

Jadikan masa cuti sekolah ini satu kelebihan bagi murid-murid untuk memperbaiki kelemahan dan seterusnya mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

Jadual Intensif Cuti Sekolah

Subjek-Subjek yang ditawarkan:

UPSR :BM (Pemahaman dan penulisan), English, Maths & Science.

PMR :BM, English, Maths, Science, Sejarah & Geografi.

Yuran:

UPSR : Pakej 4 Subjek, RM150

PMR :Pakej 4 Subjek, RM180

Sila daftar segera, tempat terhad.