Thursday, November 29, 2007

Kelas KAFA Cuti Sekolah

Sempena cuti sekolah ,Pusat Tuisyen Harmoni Gemilang akan mengadakan Kelas KAFA.Kelas ini diadakan khas kepada golongan kanak-kanak dan remaja yang ingin belajar atau memperbaiki bacaan Al-Quran mereka dan juga memantapkan pengetahuan Fardhu Ain mereka.


kelas KAFA cuti sekolah yang memberikan penekanan pada pembacaan Al-Quran melalui kaedah Qiraati iaitu cara belajar membaca al quran secara cepat dan tartil. Qiraati telah terbukti dapat dipelajari dengan mudah oleh kanak-kanak seusia 4 tahun ke atas.


Pendaftaran dibuka sekarang!!!
Kelas bermula pada
Disember 2007.

Hari: Setiap Isnin, Selasa,Rabu dan Khamis
Masa: 9:00pagi-11pagi


Yuran Pendaftaran: RM35
Yuran Bulanan: RM120

Tuesday, November 06, 2007




Intensif Cuti Sekolah (UPSR, PMR&SPM) November /Disember 07

Pusat Tuisyen Harmoni Gemilang akan menganjurkan program intensif cuti sekolah khas untuk murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM tahun 2008.

Objektif:

  • Menjadikan pelajar lebih fokus kepada topik-topik penting.
  • Memberi pemantapan dan keyakinan pada pelajar untuk menghadapi PMR/SPM.
  • Menyediakan medium yang optimum untuk pelajar dan guru untuk berinteraksi dan bersoal-jawab.
  • Memastikan pelajar memaksimakan masa cuti dengan pembelajaran yang dibimbing.

Program Intensif Cuti Sekolah ini memberi peluang kepada murid-murid untuk mengulangkaji semula topik-topik yang telah dipelajari dengan bimbingan guru-guru berpengalaman.

Murid-murid boleh memperbaiki kelemahan dalam pelajaran dan juga menyiapkan diri untuk menghadapi sesi persekolahan baru dengan lebih yakin.

Jadikan masa cuti sekolah ini satu kelebihan bagi murid-murid untuk memperbaiki kelemahan dan seterusnya mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

Sila klik disini untuk jadual.


Perjumpaan Ahli Urusinsan: Sesi Terapi Kewangan (17 November 2007)

Agenda perbincangan utama :

1. Sambungan mengenai topik perbincangan terdahulu (Asas pengurusan wang) dan perkembangan ahli.

2. Meningkatkan pendapatan yang sedia ada kepada pendapatan yang berlipat kali ganda untuk mereka yang makan gaji.


Sila datang ke sesi terapi kewangan khas untuk ahli Urusinsan sahaja. Sesi ini memberi peluang kepada ahli Urusinsan untuk bertukar-tukar pendapat tentang topik perbincangan utama dan cadangan bagaimana untuk menyelesaikan masalah kewangan peribadi Tuan/Puan.

Sesi Terapi Kewangan akan dihadiri oleh En.Zaidi, pengasas Urusinsan yang juga mengambil peranan sebagai moderator dan juga ahli-ahli senior dari forum Urusinsan yang sudi berkongsi pengalaman.

Butirannya adalah seperti berikut:

Tarikh: 17 November 2007
Hari:Sabtu
Masa: 8malam-11.30malam
Tempat: Pusat Tuisyen Harmoni Gemilang, Wangsa Melawati.

Tentatif Sesi Terapi:

8-8.30pm: Kehadiran peserta/makanan ringan
8.30-10.00pm:Sesi bermula
10-10.30pm: Rehat
10.30-11pm: Sesi bersambung
11pm:Bersurai

Yuran: RM30 (Termasuk makanan ringan)

Sila e-melkan pada saya pendaftaran anda selewat-lewatnya pada 12 November 2007, hanafi2k@gmail.com / 012-6568810

Tempat adalah hanya untuk 30 orang sahaja, sila daftar segera!!!


Format pendaftaran:

Nama:
No.Telefon Bimbit:
E-mail:
Tempat:

**Jangan lupa bawa kalkulator untuk kegunaan sendiri semasa sesi terapi.


**Kenyataan Penafian

Ini adalah perjumpaan untuk ahli kelab urusinsan sahaja, sesi ini bukan bertujuan sebagai khidmat nasihat kewangan atau perkhidmatan kewangan , ianya hanyalah satu aktiviti sosial diantara ahli kelab untuk saling bertukar pendapat disamping mengeratkan silaturahim , sebarang pandangan dan pendapat yg dibicarakan semasa perjumpaan adalah merupakan kenyataan individu yang tidak mewakili mana-mana pertubuhan atau syarikat kewangan. Segala risiko menggunakan pandangan dan pendapat adalah ditanggung sendiri oleh mereka yang menggunakannya, pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap apa juga pandangan serta pendapat yg dilemparkan semasa sesi perjumpaan kelak."