Monday, December 22, 2008


Kelas Tuisyen Sesi 2009

Salam hormat dan sejahtera kepada Ibu/Bapa/Penjaga dan murid-murid.


2. Pendaftaran Kelas Tuisyen sesi 2009 untuk pelajar tahun 1 – tingkatan 5 akan dibuka sekarang .Bagi sesi ini kami membariskan guru-guru yang berdedikasi bagi membantu murid-murid mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Penyusunan jadual juga diatur dengan lebih fleksibel bagi memudahkan mereka. Sila lihat jadual disini.


3. Kami juga menawarkan yuran pendaftaran percuma sepanjang bulan Disember 2008 ini dan diskaun 10% untuk yuran adik-beradik sepanjang tahun.


4. Kelas Qiraati untuk pelajar-pelajar berumur 5 tahun ke atas juga dibuka bagi memberi peluang untuk pelajar-pelajar untuk mengenal asas tajwid dan seterusnya memantapkan pembacaan Al-Quran. Kelas Qiraati ini diadakan setiap hujung minggu.


5. Maklumat lanjut mengenai kelas tuisyen, jadual tuisyen, takwim peperiksaan UPSR,PMR & SPM dan lain-lain lagi boleh didapati melalui laman blog kami di http://tuisyen.blogspot.com.


6. Terima kasih atas sokongan Tuan/Puan yang berterusan.



Yang Benar,

Hanafi Nirwan