Sunday, September 16, 2007

Salam Semua,

Ramadhan tiba lagi, inilah bulan yang dinanti-nantikan sepanjang tahun. Bulan dimana kita menahan diri dari sebarang perkara yang membatalkan ibadat puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari dan juga amal ibadah kita digandakan berlipat kali.

Semoga dalam kesibukan tugasan harian kita, kita masih mampu menjalankan ibadah sebaik mungkin dibulan yang mulia ini.

Kepada murid-murid yang akan mengambil peperiksaan PMR tidak lama lagi, gunakan masa selepas Solat Terawih dan selepas sahur untuk mengulangkaji pelajaran. Jangan jadikan ibadah puasa alasan untuk tidak belajar bersungguh-sungguh, tetapi berdoalah kita semoga keberkatan bulan ini dapat memudahkan kita berusaha mencapai kecemerlangan dalamPMR 2007.

Marhaban ya Ramadhan!.

Hanafi

No comments: