Tuesday, November 06, 2007




Intensif Cuti Sekolah (UPSR, PMR&SPM) November /Disember 07

Pusat Tuisyen Harmoni Gemilang akan menganjurkan program intensif cuti sekolah khas untuk murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM tahun 2008.

Objektif:

  • Menjadikan pelajar lebih fokus kepada topik-topik penting.
  • Memberi pemantapan dan keyakinan pada pelajar untuk menghadapi PMR/SPM.
  • Menyediakan medium yang optimum untuk pelajar dan guru untuk berinteraksi dan bersoal-jawab.
  • Memastikan pelajar memaksimakan masa cuti dengan pembelajaran yang dibimbing.

Program Intensif Cuti Sekolah ini memberi peluang kepada murid-murid untuk mengulangkaji semula topik-topik yang telah dipelajari dengan bimbingan guru-guru berpengalaman.

Murid-murid boleh memperbaiki kelemahan dalam pelajaran dan juga menyiapkan diri untuk menghadapi sesi persekolahan baru dengan lebih yakin.

Jadikan masa cuti sekolah ini satu kelebihan bagi murid-murid untuk memperbaiki kelemahan dan seterusnya mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

Sila klik disini untuk jadual.


No comments: