Friday, July 08, 2011

Seminar Kecemerlangan UPSR 2011.


Kami ingin menawarkan Seminar UPSR 2011.
Seminar tahunan yang memberi pendedahan
berbentuk teknikal pada murid-murid untuk
menghadapi UPSR dengan lebih yakin.

Seminar akan dibimbing oleh guru-guru pakar
dari sekitar Lembah Kelang. Seminar berorientasikan 
UPSR 2011 dengan format terkini. Jangan lepaskan 
peluang untuk mendapatkan tips-tips peperiksaan 
dan analisis soalan-soalan UPSR terdahulu dan 
ramalan.

Pastikan anak-anak anda mendapat maklumat
terkini sebelum memasuki dewan peperiksaan.

Butiran:

Subjek-subjek yang ditawarkan:

Bahasa Malaysia - Pemahaman dan Penulisan.
English.
Maths 
Science

Tentatif Seminar:

8am-8.30am     :  Pendaftaran
8.30am-10am   :  B.Malaysia
10am-11.30am :  English
11.30am-12pm : Kudapan
12pm-1.30pm   : Maths
1.30pm-2.30pm: Rehat/Solat/Makan Tengahari.
2.30pm-4pm     : Science
4pm                  : Bersurai 


Hari/Tarikh        :  Sabtu, 23 Julai 2011
Masa                :  8pagi-4 petang
Tempat             :  Pusat Tuisyen Harmoni Gemilang
                           No.19A, Jalan Wangsa Melawati 4,
                           Wangsa Melawati, 53300 KL.
Yuran               :   RM120 atau RM100 untuk pendaftaran berkumpulan,
                            5 orang murid atau lebih.
Adik-adik boleh juga memilih pakej Skor A @ Tuisyen Harmoni,
untuk persiapan bersistematik dan menyeluruh.

Sila hubungi kami di 03-4142 9544 atau Hanafi di 019-6368 665.


Thursday, July 07, 2011


Peperiksaan:  Antara kerisauan, tekanan dan penentuan potensi diri.

Peperiksaan adalah satu  sistem ujian bagi menentukan 
sama ada seseorang pelajar mencapai tahap yang diinginkan 
apabila mempelajari sesuatu silibus dalam subjek tertentu.

Bagi kebanyakan pelajar, peperiksaan adalah masa yang amat 
mencemaskan, kerana masa yang singkat tersebut menguji sejauh 
mana kefahaman mereka bertitik tolak dari sikap pembelajaran, 
usaha berterusan dan keberkesanan kaedah pembelajaran mereka.

Namun peperiksaan adalah penting bagi memastikan potensi 
akademik mereka dikesan dan disalurkan pada saluran yang sesuai.
Keputusan peperiksaan yang cemerlang sering dikaitkan dengan 
peluang pendidikan yang lebih baik dimasa depan. Sama ada sekolah 
berasrama penuh, universiti atau mendapat biasiswa.

Jadi adik-adik fokuslah matlamat kalian dan teruslah berusaha.

Berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ketepian,
bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang kemudian.


Monday, July 04, 2011


Pakej Skor A UPSR @ Tuisyen Harmoni


Kami menawarkan satu pakej komprehensif bagi 
menyediakan murid-murid untuk menghadapi
Peperiksaan UPSR 2011 yang bakal tiba.


Pakej ini terdiri dari kelas tuisyen yang 
mengambil pendekatan latih tubi dan Seminar 
Kecemerlangan UPSR yang akan dibimbing oleh 
guru-guru pakar.


Kebolehan pelajar menggabungkan kefahaman dan 
juga teknik menjawab dapat diasah dengan proses 
latih tubi. Latih tubi yang berterusan dan 
sistematik membolehkan murid-murid menguasai 
subjek dengan baik.


Dalam seminar kecemerlangan pula, murid-murid pula
akan mendapat bimbingan efektif sebelum peperiksaan 
UPSR, pendedahan pada kesilapan yang sering dilakukan 
murid, tips-tips peperiksaan dari guru-guru pakar.


Yuran biasa:
Kelas Tuisyen UPSR untuk 
bulan Julai, Ogos, September: = RM360
Seminar kecemerlangan UPSR:  =RM120
Total:                                           = RM480
Pakej Skor A UPSR = RM400.


Sila hubungi Hanafi di 019-6368 665 untuk 
keterangan lanjut.