Monday, September 17, 2007

Permainan Cashflow101



1. Rat Race
2. Kad Small Deal
3. Kad Big Deal
4. Kad Market
5. Kad Doodads
6. Fastrack
7. Financial Statement

1. Apa itu Cashflow 101?


Cashflow 101 adalah permainan kewangan dan pelaburan, atau dalam istilah yang lebih tepat, simulasi. Ia dicipta oleh Robert T. Kiyosaki, penulis buku Rich Dad Poor Dad: What the Rich Teach Their Kids About Money - That the Poor and Middle Class Do Not!. Cashflow 101 adalah set simulasi kewangan peringkat pertama, manakala Cashflow 202 adalah set simulasi untuk peringkat yg lebih mencabar dan terperinci mengenai dunia kewangan dan pelaburan.

2. Kenapa Cashflow 101 diajar dalam bentuk permainan, bukankah kewangan dan pelaburan adalah satu subjek yang serius?

Anda lebih banyak mempelari sesuatu dengan melakukannya sendiri. Adakah anda boleh terus menunggang basikal dengan hanya membaca buku? Justeru, dengan bermain Cashflow 101, anda sebenarnya mempelajari asas kewangan dan pelaburan seolah-olah dalam dunia yang sebenar!

3. Adakah bengkel ini sama seperti seminar-seminar kewangan yang lain?

Tidak. Bengkel Cashflow 101 bukan bengkel yang anda hanya mendengar dan mencatat sahaja sepanjang anda menghadirinya. Anda bermain Cashflow 101. Anda yang membuat keputusan pelaburan anda sendiri. Anda yang menguruskan kewangan anda sendiri. Anda terlibat dalam simulasi kewangan dan pelaburan sepanjang 6 jam. Dan anda akan mempelajari sesuatu yang baru.

4. Apakah bentuk permainan / simulasi apabila saya bermain Cashflow 101 ini?

Dalam Cashflow 101, anda terlibat dengan perniagaan, saham dan hartanah selain pengetahuan asas tentang pengurusan kewangan yang betul.

5. Tetapi, saya tidak ada pengetahuan langsung tentang dunia saham dan hartanah, layakkah saya untuk menyertai bengkel ini?

Ya anda layak. Bengkel ini mengajar anda perkara-perkara asas yang perlu diketahui tentang dunia saham dan hartanah. Ia akan akan meletakkan anda dalam persepsi yang betul.

6. Bagaimana saya boleh mendapat faedah daripadanya?

Permainan Cashflow 101 akan menunjukkan di mana diri anda sebenarnya. Adakah anda benar-benar tahu menguruskan kewangan anda? Adakah anda seorang penyimpan (savers)? Adakah anda seorang pelabur bijak (informed investor)? Adakah anda seorang yang tidak berani mengambil risiko? Adakah anda takut dengan hutang? Dan sebagainya. Justeru, dari situ anda boleh membaiki kelemahan diri anda dan seterusnya terus belajar menjadi seorang pelabur bijak.

7. Adakah saya akan terus berjaya membebaskan diri saya dari belenggu hutang setelah menyertai bengkel ini?

Tidak. Anda dibelenggu bebanan hutang kerana itulah tahap pengetahuan kewangan anda yang sebenarnya, pengetahuan sepanjang anda hidup selama ini. 3 jam setiap permainan tidak cukup untuk anda terus membebaskan diri dari hutang, TETAPI ia boleh menjadi titik awal kepada anda untuk keluar dari belenggu hutang kerana anda sudah diberikan asas yang betul. Sebenarnya anda perlu bermain Cashflow 101 selama 6x untuk betul-betul memahami konsep yang diberikan.

8. Bagaimana cara untuk saya menyertai simulasi ini?

Anda boleh menyertai simulasi ini dengan mendaftar dengan pihak pengurusan BicaraJutawan.com

9. Siapakah BicaraJutawan.com?

BicaraJutawan.com adalah komuniti pendidikan kewangan dan perniagaan di Malaysia. Kami juga adalah independent contractor yang terlibat dalam komuniti Rich Dad Cashflow Club. Selaku independent contractor, kami tidak mempunyai sebarang hubungan langsung sama ada ditaja, perkongsian atau menjalankan aktiviti rasmi bagi pihak CASHFLOW® Technologies, Inc. (CTI) & Robert T. Kiyosaki

10. Berapa kah yuran bayaran yang dikenakan?

RM 55 seorang termasuk makan dan minum serta alat-alat tulis disediakan untuk anda. Anda hanya perlu datang dengan minda yang terbuka.

11. Adakah selepas bermain Cashflow ini nanti, ada sebarang agenda lain untuk mempromosi produk / skim pelaburan oleh pihak penganjur?

Tidak. BicaraJutawan.com adalah satu entiti bebas yang tidak terikat dengan mana-mana syarikat MLM atau sebarang skim cepat kaya. Kami hanya menganjurkan aktiviti Cashflow sahaja dalam bengkel ini.

12.Halal ke Cashflow ni?

Bengkel Cashflow 101 adalah seminar untuk mengajar asas-asas kewangan & pelaburan . Ia sama sekali tidak menganjurkan apa-apa skim pelaburan. Apa yang ada hanyalah simulasi pelaburan seperti pelaburan hartanah, pelaburan saham [blue chip & speculative], saham amanah, FD dan beberapa bentuk pelaburan lain seperti emas & collectibles item.

Ia tidak ada kaitan dengan sebarang skim cepat kaya, "pelaburan internet", program jana wang, HYIP, program hibah, dan sebarang skim yang mencurigakan.

13. Adakah anak-anak saya boleh menyertai bengkel ini?

Boleh. Konsep yang diterapkan dalam permainan Cashflow amat mudah. Anak-anak yang berumur melebihi 10 tahun atau anak-anak yang mahir menulis, mengira & mempunyai kemahiran asas Bahasa Inggeris sudah boleh bermula bermain Cashflow. Lagi awal anak-anak anda diterapkan konsep asas yang diberikan dalam permainan ini, lebih cepat anak-anak anda faham dan bertindak bijak dalam pengurusan kewangannya sendiri.

14. Apakah bahasa perantaraan yang digunakan dalam bengkel ini?

Permainan Cashflow 101 itu sendiri adalah berbahasa Inggeris, tetapi segala penerangan & perbincangan dibuat dalam bahasa Melayu.

15. Adalah Cashflow 101 ini satu pertandingan? (sebab namanya bermain Cashflow 101, macam main bola)

Tidak. Walaupun disebut permainan, tetapi ia bukan pertandingan siapa pandai dan siapa hebat. Ia adalah tempat mempelajari asas-asas kewangan dan pelaburan secara interaktif dan menyeronokkan.

16. Siapa bagi talk dalam Bengkel Cashflow 101? Takkan main je?

Dalam Bengkel Cashflow 101 ini kita tiada speaker. Tetapi hanya ada fasilitator. Kita akan mulakan sesi bengkel dengan briefing ringkas, dan mengakhirinya dengan debriefing. 85% masa adalah terlibat dalam simulasi tersebut - permainan Cashflow 101.

17. Saya ni fobia / lembab / tak pandai matematik, boleh ke?

Boleh. Anda tidak perlu tahu algebra, statistik, algoritma dan segala formula matematik yang kompleks. Anda cuma perlu tahu tambah, darab, tolak dan bahagi sahaja. Kalkulator ada disediakan. Apabila anda tahu betapa mudah dan teraturnya konsep pengurusan kewangan selepas bermain Cashflow 101 ini nanti, anda tidak akan fobia dengan nombor lagi.

18. Saya buat online business je, perlu ke nak belajar saham, hartanah semua ni?

Kenapa tidak? Walaupun nama nya online business, ia tetap salah satu cabang perniagaan. bezanya, anda beroperasi melalu internet. dan bila sampai masanya nanti, anda tetap perlu diversify aset anda ke hartanah dan juga saham.

Bukankah google.com juga tersenarai di pasaran saham Nasdaq dan mempunyai aset hartanahnya sendiri.

19. Bolehkah pembayaran dibuat pada hari bengkel?

Tidak. Pembayaran mesti dibuat sebelum hari bengkel. Sila daftar secepat mungkin kerana tempat adalah terhad.

Butiran Program Cashflow101 adalah seperti berikut:

Tempat:
Pusat Tuisyen Harmoni Gemilang,
No.19A, Jln.Wangsa Melawati 4,
Wangsa Melawati, 53300 KL.

Tarikh:
23 September 2007, Ahad

Masa:
11.30pagi-4.30petang

Yuran:
RM55



Tentatif program adalah seperti berikut:

11.30am :Pengenalan pada Cashflow 101
11.45am :Mula Bermain Cashflow 101
2.00pm : Solat Zohor
2.30pm : Cashflow101-sambungan
4.00pm : Penutup
4.30pm : Bersurai

Sila daftar segera tempat adalah terhad, pendaftaran hanya dibuka untuk 18 orang sahaja.
Sila hubungi Hanafi (012-6568810) / hanafi2k@gmail.com untuk keterangan lanjut.

5 comments:

Anonymous said...

Bright idea... would definitely check out if this session would be in northern region instead. ;)

Hanafi said...

Salam, terima kasih atas minat Tuan, buat masa terdekat kami belum mempunyai perancangan untuk pergi ke sebelah utara.

Kami cuba adakan program ini sebagai aktiviti bulanan jika ada sambutan disini.

Jika Tuan mempunyai masa bolehlah jalan-jalan ke sini di masa akan datang.

sherrina said...

wah, cayalah. BJ dah melebarkan sayap sampai ke sini. Boleh datang tengok2 saja ka? Bleh melawat tempat u sekali :)

Hanafi said...

Memandangkan Sherrina nak datang berilah sokongan, mainlah lagi sekali permainan ini. Kedatangan Sherrina sebagai senior BJ, merupakan penghormatan pada kami.

sherrina said...

alamak...patut lah rasa mcm ada yg tak kene aje. Rupanya tarikh Cashflow hari ni lah. Adushh, rugi...terlepas. Taruk lah cerita dan gambarnya....

p/s: Kalau ada buat lagi, bagitau lah :)

pp/s: Pusat tuisyen Harmoni ni dah berapa lama beroperasi? Saya rasa adik saya penah blaja disini lah....