Wednesday, March 17, 2010

Congratulation on your excellent results in SPM 2009. You prove you're against all odds.



Anis Nabilah Bt. Rozali, SMK Lembah Keramat 8A
Nurina Khaliesya Azman, SMK Seri Keramat 6A
Noor Syazwana Bt. Mat Islan, SMK Lembah Keramat 5A
Nur Nabilah Bt. Umar, SMK Lembah Keramat 5A
Nur Athirah Bt. Azman, SMK Wangsa Melawati 5A
Nur Izzati Bt. Rosnan, SMK Seri Keramat 4A

May this success propagates . . . . Amin.

Sunday, February 07, 2010

Membaca dapat meningkatkan penguasaan B.Inggeris anda.
Kemahiran menguasai Bahasa Inggeris untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan adalah satu proses. Pelajar-pelajar mesti membuat sedikit pengorbanan untuk perubahan. Membaca buku, majalah atau suratkhabar berbahasa Inggeris merupakan langkah awal bijak.

Thursday, February 04, 2010

Latih Tubi dalam Pembelajaran

Kefahaman pada topik-topik dalam subjek bukanlah jaminan untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Keupayaan pelajar untuk mengenal pasti aras, pola dan seterusnya teknik menjawab merupakan elemen yang tidak dapat disangkal kepentingannya.

Tuesday, September 29, 2009

Salam Aidilfitri buat semua warga Harmoni Gemilang, staf-staf, guru-guru, anak-anak murid kami dan ibu-bapa, penjaga yang sentiasa memberi sokongan . Maaf zahir dan batin.


Pusat Tuisyen Harmoni akan kembali beroperasi seperti biasa pada 1 Oktober 2009.


Saturday, August 15, 2009

Adakah murid-murid dibawah jagaan Tuan/Puan:

* Sudah mempunyai persiapan terakhir untuk menghadapi peperiksaan UPSR/PMR?
* Selalu mendapat markah rendah kerana tidak tahu teknik menjawab
* Gelisah kerana tidak tahu topik-topik yang perlu diberi penekanan?
* Perlukan bimbingan saat-saat akhir sebelum UPSR dan PMR?

Sila klik disini.

Datanglah ke seminar kami, kelebihan seminar...............

* Bimbingan efektif sebelum peperiksaan UPSR/PMR.
* Pendedahan pada kesilapan yang sering dilakukan pelajar.
* Elakkan pengurangan markah dengan mengetahui kaedah pemarkahan.
* Tips-tips peperiksaan dari guru-guru pakar.
* Contoh-contoh jawapan dari pelajar cemerlang


Testimoni:

Seminar ini sangat menarik dan bagus. Terima kasih pada penceramah-penceramah yang hebat.

-Amirul Afiq, Sg.Buloh


Seminar yang baik dan penyampaian yang bagus, walaupun hanya beberapa jam sahaja, namun ilmu yang disampaikan amat berguna. Terima kasih.

-Hafizah, Setiawangsa


Menarik, penuh informasi dan amat memuaskan .

-Nur Atikah, Gombak


Program sangat baik. Penerangan dan pengawalan audiens sangat baik.

-Cikgu Nurlatifah, Gombak

Sila klik disini.

Tarikh
Ahad, 16 Ogos 2008

Masa
7.30pagi-7petang

Sila klik disini.



Lokasi
Sekolah Islam Adni
Jalan 1, Taman Sri Ukay,
68000 Ampang, Selangor.

Tentatif Seminar PMR

Thursday, May 21, 2009



Kelas Intensif Cuti Sekolah (UPSR & PMR) Jun 2009

Sempena cuti Sekolah pada bulan Jun ini, Pusat Tuisyen Harmoni Gemilang akan menganjurkan program intensif cuti sekolah khas untuk murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR & PMR 2009.

Objektif Program:

  • Memberi pemantapan dan keyakinan pada pelajar untuk menghadapi UPSR/PMR.

  • Menjadikan pelajar lebih fokus kepada topik-topik penting.

  • Menyediakan medium yang optimum untuk pelajar dan guru untuk berinteraksi dan bersoal-jawab.

  • Memastikan pelajar memaksimakan masa cuti dengan pembelajaran yang dibimbing.


Program Intensif Cuti Sekolah ini memberi peluang kepada murid-murid untuk mengulangkaji semula topik-topik yang telah dipelajari dengan bimbingan guru-guru berpengalaman.

Murid-murid boleh memperbaiki kelemahan dalam pelajaran dan juga menyiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan dengan lebih yakin.

Jadikan masa cuti sekolah ini satu kelebihan bagi murid-murid untuk memperbaiki kelemahan dan seterusnya mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

Jadual Intensif Cuti Sekolah

Subjek-Subjek yang ditawarkan:

UPSR :BM (Pemahaman dan penulisan), English, Maths & Science.

PMR :BM, English, Maths, Science, Sejarah & Geografi.

Yuran:

UPSR : Pakej 4 Subjek, RM150

PMR :Pakej 4 Subjek, RM180

Sila daftar segera, tempat terhad.

Friday, April 10, 2009

Tuan/Puan,

Laman Harmoni Gemilang di Facebook


Salam hormat dan sejahtera kepada Ibu/Bapa/Penjaga dan murid-murid.

2. Kami ingin menjemput Ibu/Bapa/Penjaga dan murid-murid untuk mendaftar di laman Pusat Tuisyen Harmoni Gemilang di Facebook. Harapan kami supaya laman ini menjadi medium komunikasi dan juga perbincangan antara kita. Kami juga akan memberikan maklumat terkini mengenai program-program dan juga acara-acara yang akan diadakan melalui laman ini. Sila klik disini untuk mendaftar.

3. Terima kasih atas perhatian dan sokongan.

Yang Benar,
Hanafi Nirwan

Saturday, March 28, 2009

Revisi Intensif PMR



Pusat Tuisyen Harmoni memperkenalkan Revisi Intensif PMR. Program ini berkonsepkan pembelajaran melalui latihan-tubi berterusan bagi menyediakan murid-murid untuk menghadapi PMR. Analisis soalan-soalan PMR juga disediakan untuk mendedahkan mereka pada contoh soalan bertahap PMR dan menjadikan mereka fokus untuk mencapai kecemerlangan.

Antara subjek-subjek yang ditawarkan adalah

B.Malaysia, English, Mathematics, Science, Sejarah, Geografi.

Berikut adalah objektif bengkel:
  • Memantapkan penguasaan subjek melalui asas yang teguh.
  • Memberi pemahaman melalui latihan dalam kumpulan.
  • Memberi pendedahan pada tips-tips peperiksaan.
  • Meningkatkan motivasi untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
  • Memanfaatkan hujung minggu dengan pembelajaran optima.
Setiap Ahad, 8.30pagi-11.45pagi.


Pendaftaran bermula pada April 2009. Yuran program adalah RM100/bulan termasuk nota.
Sila hubungi Hanafi, 012-6568810 atau Hazwani, 012-2574746 untuk keterangan lanjut.
Tuan/Puan,

Revisi Intensif PMR dan Promosi April 2009


Salam hormat dan sejahtera kepada Ibu/Bapa/Penjaga dan murid-murid.

2. Kami ingin memperkenalkan Revisi Intensif PMR. Program ini berkonsepkan pembelajaran melalui latihan-tubi berterusan selama 5 bulan bagi menyediakan murid-murid untuk menghadapi PMR dengan bimbingan guru-guru berpengalaman. Analisis soalan-soalan PMR juga disediakan untuk mendedahkan mereka pada contoh soalan bertahap PMR dan menjadikan mereka fokus untuk mencapai kecemerlangan.

Antara subjek-subjek yang ditawarkan adalah
B.Malaysia, English, Mathematics, Science, Sejarah, Geografi.
Berikut adalah objektif bengkel:
Memantapkan penguasaan subjek melalui asas yang teguh.
Memberi pemahaman melalui latihan dalam kumpulan.
Memberi pendedahan pada tips-tips peperiksaan.
Meningkatkan motivasi untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
Memanfaatkan hujung minggu dengan pembelajaran optima.
Pendaftaran bermula pada April 2009.

Kelas akan diadakan setiap Ahad, 4 sesi setiap bulan pada 8.30am-11.45am. Yuran Revisi Intensif PMR adalah RM100/bulan termasuk nota. Sila daftar segera, tempat terhad.


3. Kami juga menawarkan yuran pada kadar istimewa untuk pelajar-pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4 yang mendaftar pada bulan April. Bagi pelajar-pelajar tingkatan 1, kami menawarkan yuran RM60/bulan untuk 20 pendaftaran pertama. Pelajar-pelajar Tingkatan 4 pula boleh menikmati promosi 3+2, dengan mengambil 3 subjek mereka boleh mendapat 2 subjek percuma. Promosi 3+2 ini juga untuk 20 pendaftaran pertama.

4. Sekarang pelajar-pelajar dapat mengikuti kelas pembacaan Al-Quran dengan mengikuti kaedah Qiraati iaitu cara belajar membaca al quran secara cepat dan tartil melalui pakej tuisyen dan qiraati, dengan hanya menambah RM40. Kaedah Qiraati ini dapat dipelajari dengan mudah oleh kanak-kanak seusia 5 tahun ke atas. Kelas ini sesuai untuk pelajar-pelajar yang tidak mempunyai asas dalam pembacaan Al-Quran atau mereka yang ingin memperbaiki bacaan.

5. Maklumat lanjut mengenai kelas tuisyen, jadual tuisyen, takwim peperiksaan UPSR,PMR & SPM dan lain-lain lagi boleh didapati melalui laman blog kami di http://tuisyen.blogspot.com.

6. Kami juga ingin menjemput pelajar-pelajar untuk mengambil peluang untuk menikmati kemudahan internet, fotostat, binding dan laminating yang disediakan rakan niaga kami yang terletak di No.9A, Jalan Wangsa Melawati 4. Mereka mengadakan promosi penggunaan internet percuma selama 1 jam diantara 28 Mac-5 April 2009. Sila dapatkan kupon promosi ini dari kaunter kami.

7. Terima kasih atas sokongan Tuan/Puan yang berterusan.

Yang Benar,
Hanafi Nirwan

Thursday, March 05, 2009

Kelas Intensif Cuti Sekolah (UPSR, PMR & SPM) Mac 2009

Pusat Tuisyen Harmoni Gemilang akan menganjurkan program intensif cuti sekolah khas untuk murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM.

Objektif:
1.Memberi pemantapan dan keyakinan pada pelajar untuk menghadapi UPSR/PMR/SPM 2009.
2.Menjadikan pelajar lebih fokus kepada topik-topik penting.
3.Menyediakan medium yang optimum untuk pelajar dan guru untuk berinteraksi.
4.Memastikan pelajar memaksimakan masa cuti dengan pembelajaran yang dibimbing.

Program Intensif Cuti Sekolah ini memberi peluang kepada murid-murid untuk mengulangkaji semula topik-topik yang telah dipelajari dengan bimbingan guru-guru berpengalaman.

Murid-murid boleh memperbaiki kelemahan dalam pelajaran dan juga menyiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan.

Subjek-Subjek yang ditawarkan:

UPSR :BM (Pemahaman dan penulisan), English, Maths & Science.

PMR :BM, English, Maths & Science.

SPM :BM, Maths, Akaun, Ekonomi, Physics & Chemistry


Yuran:

UPSR : Pakej 4 Subjek, RM80

PMR :Pakej 4 Subjek, RM100

SPM :Pakej 4 Subjek, RM120, 1 Subjek, RM40

Tuan/Puan boleh menempah tempat untuk pelajar-pelajar dibawah jagaan Tuan/Puan dengan membuat pembayaran ke:

Akaun Bank Islam, Harmoni Gemilang Solutions: 12113010029722.

(Business Registration No:001646126-W)
Sila e-melkan no.rujukan, tarikh dan masa pembayaran ke hanafi2k@gmail.com.

Sila sampaikan maklumat ini pada sesiapa yang mungkin berminat untuk mengikuti program ini. Terima kasih.

Hanafi
+60126568810

Hazwani

+60122574746


Sila daftar segera, tempat terhad.

Monday, December 22, 2008


Kelas Tuisyen Sesi 2009

Salam hormat dan sejahtera kepada Ibu/Bapa/Penjaga dan murid-murid.


2. Pendaftaran Kelas Tuisyen sesi 2009 untuk pelajar tahun 1 – tingkatan 5 akan dibuka sekarang .Bagi sesi ini kami membariskan guru-guru yang berdedikasi bagi membantu murid-murid mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Penyusunan jadual juga diatur dengan lebih fleksibel bagi memudahkan mereka. Sila lihat jadual disini.


3. Kami juga menawarkan yuran pendaftaran percuma sepanjang bulan Disember 2008 ini dan diskaun 10% untuk yuran adik-beradik sepanjang tahun.


4. Kelas Qiraati untuk pelajar-pelajar berumur 5 tahun ke atas juga dibuka bagi memberi peluang untuk pelajar-pelajar untuk mengenal asas tajwid dan seterusnya memantapkan pembacaan Al-Quran. Kelas Qiraati ini diadakan setiap hujung minggu.


5. Maklumat lanjut mengenai kelas tuisyen, jadual tuisyen, takwim peperiksaan UPSR,PMR & SPM dan lain-lain lagi boleh didapati melalui laman blog kami di http://tuisyen.blogspot.com.


6. Terima kasih atas sokongan Tuan/Puan yang berterusan.



Yang Benar,

Hanafi Nirwan

Monday, November 17, 2008

Tahniah kepada murid-murid yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR 2008

1.Mariah Bt. Mohd.Suhaimi, Sekolah Rendah Islam Pintar, Desa Melawati-5A
2.Aafifah Bt. Mohamad, SK Tmn.Melati-5A
3.Safizal B.Mohd Ghazali, SK Tmn. Melawati 2-4A
4.Nadia Jasmin, SRK Wangsa Melawati-4A
5.Muhammad Dzul Fareez, SK Lembah Keramat-3A
6.Muaz Mahyudin, SRK Tmn.Permata-3A
7.Nurul Nabilah Yunos, SK Wangsa Maju Zon R10-2A

Tahniah!

Kelas Tuisyen 2009

Pusat Tuisyen Harmoni Gemilang membuka pendaftaran untuk Sesi 2009 bermula pada Disember ini. Pendaftaran dibuka sekarang. Yuran pendaftaran percuma sepanjang Disember 2008. Diskaun untuk yuran adik-beraddik sepanjang tahun.





Friday, November 07, 2008




Kelas Intensif Cuti Sekolah (UPSR, PMR&SPM) Nov/Dis 2008

Pusat Tuisyen Harmoni Gemilang akan menganjurkan program intensif cuti sekolah khas untuk murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM tahun 2009.

Objektif:

  • Memberi pemantapan dan keyakinan pada pelajar untuk menghadapi UPSR/PMR/SPM 2009.

  • Menjadikan pelajar lebih fokus kepada topik-topik penting.

  • Menyediakan medium yang optimum untuk pelajar dan guru untuk berinteraksi dan bersoal-jawab.

  • Memastikan pelajar memaksimakan masa cuti dengan pembelajaran yang dibimbing.


Program Intensif Cuti Sekolah ini memberi peluang kepada murid-murid untuk mengulangkaji semula topik-topik yang telah dipelajari dengan bimbingan guru-guru berpengalaman.

Murid-murid boleh memperbaiki kelemahan dalam pelajaran dan juga menyiapkan diri untuk menghadapi sesi persekolahan baru dengan lebih yakin.

Jadikan masa cuti sekolah ini satu kelebihan bagi murid-murid untuk memperbaiki kelemahan dan seterusnya mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.


Jadual Kelas Intensif




Tawaran khas: Diskaun 10% untuk pendaftaran berkumpulan, 3 orang pelajar atau lebih.

Sila hubungi Hanafi di 03-2021 8810 / hanafi2k@gmail.com untuk keterangan lanjut.


Tuan/Puan boleh menempah tempat duduk untuk pelajar-pelajar dibawah jagaan Tuan/Puan dengan membuat pembayaran ke:

Akaun Bank Islam, Harmoni Gemilang Solutions: 12113010029722.

(Business Registration No:001646126-W)
Sila e-melkan no.rujukan, tarikh dan masa pembayaran ke hanafi2k@gmail.com.

Hanafi
+60320218810
+60126568810


Friday, October 31, 2008

KELAS PENYELESAIAN HUTANG

Tarikh : 29 November 2008
Hari : Sabtu
Masa : 2 Ptg hingga 6 Ptg
Lokasi : Pusat Tuisyen Harmoni (Ulu Kelang)
Bayaran : RM300 (Termasuk Perisian dan akses kepada forum OD dan Kad Kredit)
* Makan dan minum disediakan

* Tidak sesuai untuk ahli MI

Tempat Terhad , Hanya 15 Orang Sahaja , Sila Daftar Segera !!!

TEKNIK PENYELESAIAN HUTANG :-

  • Hutang Kad Kredit
  • Hutang Kenderaan
  • Hutang Rumah
  • Hutang Peribadi (Personal Loan)
  • Menyelesaikan Nama Blacklist
  • Q&A

TEKNIK TAMBAHAN

* Kaedah menggunakan kad kredit untuk mengatasai kenaikan harga minyak, jimat sehingga RM1K dari bill minyak anda dan dapat tambah keuntungan sehingga 8% setahun.

* Cara menambah PENDAPATAN melalui Kad Kredit

* Cara menambah PENDAPATAN melalui hutang

* Majalah Personal Money bulan November 2008 diberikan secara percuma

Sila nyatakan Nama , No.Telefon Bimbit dan E-mail anda, sila hantar pendaftaran anda ke hanafi2k@gmail.com , untuk maklumat lanjut sila hubungi Saudara Hanafi di talian 012-6568810

Monday, October 13, 2008

Selamat menempuh peperiksaan PMR 2008 kepada semua terutama murid-murid pthg, semoga dapat menjawab dengan penuh keyakinan dan ketenangan.

Inilah masanya bagi anda membuktikan segala susah payah dan pengorbanan anda adalah berbaloi dan anda sememangnya layak untuk menaiki "tangga" yang berikutnya dengan kejayaan yang cemerlang.

Kami mendoakan semua calon-calon PMR 2008 untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan ini. Amin.

Monday, September 22, 2008

Salam Aidilfitri untuk keluarga saya, semua warga kerja dan tenaga pengajar, ibu/bapa/penjaga, murid-murid, rakan-rakan niaga, En.Zaidi dari Urusinsan Sdn.Bhd. Maaf zahir dan batin.



Suasana Hari Raya - Anuar Zain dan Ellina

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

Friday, September 05, 2008

Revisi Intensif PMR-Program ulangkaji efektif di Bulan Ramadhan




Pusat Tuisyen Harmoni memperkenalkan Revisi Intensif PMR. Program ini berkonsepkan pembelajaran melalui latihan-tubi berterusan bagi menyediakan murid-murid untuk menghadapi PMR. Analisis soalan-soalan PMR juga disediakan untuk mendedahkan mereka pada contoh soalan bertahap PMR dan menjadikan mereka fokus untuk mencapai kecemerlangan.

Antara subjek-subjek yang ditawarkan adalah
B.Malaysia, English, Mathematics, Science, Sejarah, Geografi.

Berikut adalah objektif bengkel:

  • Memantapkan penguasaan subjek melalui asas yang teguh.

  • Memberi pemahaman melalui latihan dalam kumpulan.

  • Memberi pendedahan pada tips-tips peperiksaan.

  • Meningkatkan motivasi untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.

  • Memanfaatkan hujung minggu dengan pembelajaran optima.

Setiap Ahad, 8.30pagi-11.45pagi

Jadual Revisi Intensif PMR

Yuran program RM80 termasuk nota.

Sila hubungi saya, Hanafi untuk keterangan lanjut ditalian 03-20218810 / 012-6568810.