Saturday, March 28, 2009

Revisi Intensif PMR



Pusat Tuisyen Harmoni memperkenalkan Revisi Intensif PMR. Program ini berkonsepkan pembelajaran melalui latihan-tubi berterusan bagi menyediakan murid-murid untuk menghadapi PMR. Analisis soalan-soalan PMR juga disediakan untuk mendedahkan mereka pada contoh soalan bertahap PMR dan menjadikan mereka fokus untuk mencapai kecemerlangan.

Antara subjek-subjek yang ditawarkan adalah

B.Malaysia, English, Mathematics, Science, Sejarah, Geografi.

Berikut adalah objektif bengkel:
  • Memantapkan penguasaan subjek melalui asas yang teguh.
  • Memberi pemahaman melalui latihan dalam kumpulan.
  • Memberi pendedahan pada tips-tips peperiksaan.
  • Meningkatkan motivasi untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
  • Memanfaatkan hujung minggu dengan pembelajaran optima.
Setiap Ahad, 8.30pagi-11.45pagi.


Pendaftaran bermula pada April 2009. Yuran program adalah RM100/bulan termasuk nota.
Sila hubungi Hanafi, 012-6568810 atau Hazwani, 012-2574746 untuk keterangan lanjut.

No comments: