Sunday, February 07, 2010

Membaca dapat meningkatkan penguasaan B.Inggeris anda.
Kemahiran menguasai Bahasa Inggeris untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan adalah satu proses. Pelajar-pelajar mesti membuat sedikit pengorbanan untuk perubahan. Membaca buku, majalah atau suratkhabar berbahasa Inggeris merupakan langkah awal bijak. Melalui pembacaan perbendaharaan kata dan juga tatabahasa dalam bahasa tersebut dapat ditingkatkan dan diperbaiki. Bermula dengan membaca buku-buku yang bertahap rendah, peningkatan dapat di buat dengan berfasa. Kamus adalah satu kewajipan semasa pembacaan, seumpama aur dan tebing, kamus dan bahan bacaan mesti berada secara bersebelahan. Buku nota juga perlu unuk mencatat perkataan-perkataan yang tidak anda ketahui dengan maknanya sekali. Luangkanlah masa dalam sehari untuk memperbaiki Bahasa Inggeris anda. Ingatlah "no pain, no gain".

No comments: