Sunday, December 26, 2010

Buku rujukan.
Buku rujukan adalah bahan pembelajaran tambahan untuk membantu kefahaman murid-murid, ia merupakan tambahan pada buku teks sekolah. Terdapat pelbagai buku rujukan pilihan untuk semua peringkat murid di pasaran, dari jenis yang bersaiz poket hinggalah ke yang komprehensif. Setiap jenis mempunyai keunikan dan keistimewaan yang tersendiri. Mari kita lihat apakah pilihan yang ada?

Buku bersaiz poket.
Pengisian yang padat, sesuai untuk revisi sebelum ke dewan peperiksaan.

Buku rujukan untuk tahun atau tingkatan spesifik.
Contohnya buku rujukan sains tahun 6 , buku rujukan sejarah tingkatan 3, buku rujukan Matematik tingkatan 4. Buku-buku rujukan tersebut sesuai bagi murid-murid untuk mengetahui lebih mendalam mengenai topik-topik dalam buku tersebut, ulasan dan juga penerangan yang diberikan adalah lebih komprehensif.

Buku rujukan UPSR, PMR dan SPM
Buku-buku rujukan ini disusun khas untuk murid-murid yang akan mengambil peperiksaan umum di atas. Isi-isi dalam buku-buku ini dioptimakan agar selari dengan buku teks dan berorientasikan peperiksaan. Saya akan mencadangkan supaya membeli buku seperti ini berbanding buku rujukan untuk tahun atau tingkatan yang spesifik.


Beberapa perkara yang boleh dipertmbangkan sebelum membuat pilihan:

Penulis buku teks: Ada buku rujukan yang disusun oleh penulis buku teks, pengisian buku tersebut biasanya sesuai dengan buku teks sekolah.

Ilustrasi: Buku yang dilengkapi dengan pelbagai ilustrasi dapat membantu kefahaman murid tentang sesuatu topik.

Peta minda: Ada juga buku yang menambahkan elemen peta minda untuk memberi gambaran luas mengenai sesuatu topik.

Contoh latihan: Subjek-subjek yang memerlukan pengiraan sepeti Maths, Add.Maths, Physics dan Chemistry perlu ada contoh pengiraan dengan pelbagai variasi. Jalan kerja yang ditunjukkan boleh menjadi rujukan buat murid untuk memahami konsep.

Soalan yang disediakan: Pilihlah buku-buku yang menyediakan soalan-soalan sebenar UPSR, PMR dan SPM tahun-tahun lepas, ataupun soalan-soalan klon untuk peperiksaan-peperiksaan tersebut. Murid-murid perlu terbiasa dengan bentuk soalan dan cara menjawab.

Semoga tips-tips di atas dapat memberi gambaran bagaimana memilih buku rujukan yang sesuai untuk anak-anak kita.

No comments: