Thursday, July 07, 2011


Peperiksaan:  Antara kerisauan, tekanan dan penentuan potensi diri.

Peperiksaan adalah satu  sistem ujian bagi menentukan 
sama ada seseorang pelajar mencapai tahap yang diinginkan 
apabila mempelajari sesuatu silibus dalam subjek tertentu.

Bagi kebanyakan pelajar, peperiksaan adalah masa yang amat 
mencemaskan, kerana masa yang singkat tersebut menguji sejauh 
mana kefahaman mereka bertitik tolak dari sikap pembelajaran, 
usaha berterusan dan keberkesanan kaedah pembelajaran mereka.

Namun peperiksaan adalah penting bagi memastikan potensi 
akademik mereka dikesan dan disalurkan pada saluran yang sesuai.
Keputusan peperiksaan yang cemerlang sering dikaitkan dengan 
peluang pendidikan yang lebih baik dimasa depan. Sama ada sekolah 
berasrama penuh, universiti atau mendapat biasiswa.

Jadi adik-adik fokuslah matlamat kalian dan teruslah berusaha.

Berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ketepian,
bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang kemudian.


No comments: