Thursday, March 10, 2011

Kelas Revisi Intensif Maths dan 
Bengkel Lukisan Kejuruteraan 
Cuti Sekolah percuma, Mac 2011

Pengurusan masa secara bijak merupakan ciri-ciri 
pelajar cemerlang, penggunaan masa semasa cuti
dengan baik, dapat membantu memberikan keyakinan
pada pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan. 


Kami akan mengadakan program
bersifat pengukuhan asas bagi membantu persiapan
pelajar-pelajar untuk menghadapi peperiksaan UPSR, 
PMR dan SPM kelak bagi subjek-subjek terpilih,
sepanjang cuti penggal Mac ini.

Program yang ditawarkan adalah:

  • Kelas Revisi Intensif Maths UPSR & PMR
  • Bengkel Lukisan Kejuruteraan (SPM)

Kelas Revisi Intensif Maths UPSR juga terbuka bagi murid-murid 
tahun 4 & 5, Kelas Revisi Intensif Maths PMR pula boleh dihadiri
pelajar-pelajar tingkatan 1&2 dan pelajar-pelajar tingkatan 4 boleh 
mengikuti Bengkel Lukisan Kejuruteraan SPM kerana, pengukuhan 
asas akan diterapkan bagi setiap program.

Kelas Revisi Intensif Maths UPSR & PMR akan dibimbing oleh
Cikgu Saiful Nazli, guru Matematik yang berpengalaman lebih
dari 10 tahun dan sekarang beliau bertugas di salah sebuah
sekolah swasta di Subang.


Bengkel Lukisan Kejuruteraan SPM pula akan dikendalikan
oleh Cikgu Al-Amin, seorang guru berdedikasi yang berpengalaman
hampir 5 tahun dan biasa mengendalikan program-program 
pendidikan walau masih berkhidmat di sebuah sekolah menengah 
swasta di Gombak.


Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk mengikuti program-
program ini bersama guru-guru kami dan semua program 
di atas adalah percuma bagi khas untuk 100 orang pelajar 
yang mendaftarkan nama mereka melalui talian 03-4142 9544 
(Isnin-Jumaat, 5.30pm-10.30pm).

Hubungi kami segera untuk mendapatkan tempat bagi
anak-anak anda. 


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Tawaran  tambahan : 50 orang pelajar yang 
mendaftar awal juga akan mendapat kelas 
Revisi Intensif Science UPSR&PMR secara percuma. 
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Jadual Program Cuti Sekolah.

Kelas Revisi Intensif Maths
14&15 Mac, 9pagi-11pagi-UPSR.
16&17 Mac, 9pagi-11pagi-PMR.

Kelas Revisi Intensif Science
15 Mac, 11pagi-12tengahari-UPSR.
16 Mac, 11pagi-12tengahari-PMR.

Bengkel Latihan Kejuruteraan*
15&16 Mac, 9pagi-11pagi.
*Sila bawa kelengkapan alatulis 
Lukisan Kejuruteraan anda.



No comments: