Saturday, December 18, 2010

Keputusan PMR dan pemilihan aliran.

Rasa berdebar-debar menanti keputusan PMR yang bakal tiba pada 23 Disember ini. Semoga semua murid-murid PMR khususnya murid-murid tuisyen harmoni bakal mendapat keputusan yang cemerlang.

Kemana seterusnya selepas ini? Murid-murid boleh memilih aliran sains atau sastera yang ditawarkan di sekolah. Setiap murid mesti mengambil subjek teras, B.Malaysia, English, Maths, Sejarah dan Pendidikan Islam. Subjek-subjek elektif pula ditawarkan dalam 2 aliran utama,  iaitu aliran sains menawarkan Biology, Chemistry, Physics, Add.Maths, dan aliran sastera pula menawarkan  Geografi, Perdagangan, Ekonomi Asas dan lain-lain. Maklumat lanjut dan lebih terperinci boleh didapati di sini.
Jadi aliran manakah yang sesuai untuk anak saya? Adakah Aliran Sains lebih baik atau Aliran Sastera? Adalah tidak wajar bagi kita membuat perbandingan bagi 2 perkara berbeza. Contohnya epal dan oren mana yang lebih sedap, tentunya jawapan yang diberikan subjektif. kedua-dua aliran baik . Jadi pilihan mestilah sesuatu yang bersesuaian untuk anak-anak kita.

Panduan memilih aliran:

1.Lihat keputusan peperiksaan mereka. Kecemerlangan mereka dalam subjek-subjek tertentu menjadi penanda minat dan kelebihan mereka pada subjek-subjek tersebut, berbanding dengan yang lain.

2.Perhatikan minat dan kecenderungan mereka. Setiap individu adalah unik dan istimewa, masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri, ini tergambar dari lahiriah mereka. Aliran yang tepat dapat membantu mereka menggilap bakat dan kelebihan mereka.

3.Berbincang hati ke hati dengan mereka. "Abang/kakak nak jadi apa bila besar nanti?" Biarkan mereka bercerita tentang impian dan cita-cita mereka, kita boleh membimbing dengan pertanyaan-pertanyaan yang objektif.

4. Berjumpa dengan Kaunselor sekolah. Guru kaunselor, kenal akan anak-anak murid sekolah tersebut, beliau merupakan sumber yang baik untuk mendapatkan pendapat. 

5.Berjumpa dengan ahli profesi. Jika anak-anak sudah mempunyai cita-cita, yang spesifik contohnya, doktor. Aturkan masa yang bersesuaian dengan seorang doktor yang boleh memberi gambaran tentang profesinya, agar anak-anak mendapat gambaran yang jelas, adakah ini jenis pekerjaan yang diminatinya?


6.Beristikharah. "Tidak rugi orang yang bermesyuarat, tidak menyesal orang yang beristikharah."

Pilihlah aliran yang bersesuaian dengan anak-anak kita, yang tepat kerana ini adalah langkah awal ke masa depan yang cemerlang. Selamat sukses.

No comments: