Bagaimana membantu murid-murid menjadi cemerlang?
Ada beberapa faktor yang menjadikan murid-murid menjadi lemah, antara faktor utama adalah masalah sikap. Sikap yang kurang proaktif untuk dalam pembelajaran, bertangguh dalam tugasan atau kerja rumah, kurang kemahiran dalam mengatur masa dan pengaruh rakan sebaya serta fasiliti hiburan yang meluas antara perkara yang menyumbang pada masalah ini. Jika kita bertanya murid-murid ini adakah mereka ingin dibantu? Kemungkinan besar jawapannya adalah ya.
Perkara ini dapat diatasi dengan luasnya jalur komunikasi supportif antara ibu/bapa/penjaga dan murid, dan juga antara guru dan murid. Mereka perlukan bimbingan dan perhatian, dan sebaik-baiknya datang dari ayah dan ibu dengan cara yang berhikmah.
Faktor seterusnya adalah kelemahan pada asas subjek. Kebiasannya murid berasa tidak mampu menguasai sesuatu subjek disebabkan oleh lemahnya asas murid tersebut. Jika kelemahan ini tidak segera dibantu, bukan saja murid berasa putus asa untuk mempelajari sesuatu subjek tersebut, tetapi menjadi benci terhadap subjek tersebut.
Pihak guru mestilah memainkan peranan proaktif untuk menukar paradigma murid dari sukar kepada mudah, dari rumit kepada ringkas. Apabila murid dapat mengubah persepsinya terhadap sesuatu subjek bukan hanya adanya peningkatan pada pencapaian murid tetapi guru juga mendapati jauh lebih mudah membantu kefahaman pada mereka.
Ayah dan ibu tidak akan rugi jika “melaburkan” masa untuk berkomunikasi dan memahami anak-anak ini, jadikanlah diri kita tempat mereka mengadu masalah tempat mereka mendapatkan pendapat dan mendapat informasi yang tepat berbanding dari sumber lain. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk membawa keluarga kita kepada rahmatNya. Amin.
No comments:
Post a Comment