Saturday, October 13, 2012

Seminar Percuma


Seminar Terbuka Untuk Ibu Bapa Bagi Membantu Anak-Anak Dalam Pelajaran Sekolah 



 Daftar sekarang tempat terhad.

Wednesday, June 20, 2012

Keyakinanku kejayaanku

Salah satu ciri individu-individu yang berjaya adalah mereka 
mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Keyakinan diri bukanlah
usaha yang dapat dibuat dalam masa yang singkat. Keyakinan 
mesti dipupuk dengan bantuan Ibu/Bapa/Penjaga sejak dari kecil
lagi.

Dorongan Ibu/Bapa meningkatkan keyakinan

Apabila saya perhatikan anak saya, Yusuf yang baru berumur
3 tahun, apabila dia hendak melakukan sesuatu, dia akan memandang
ke arah saya, seolah-olah meminta some kind of approval
Apabila saya menghantar isyarat tiada halangan, maka dia akan yakin 
untuk membuat sesuatu perkara tersebut. Keyakinan untuk berbuat 
sesuatu akan timbul jika adanya dorongan terutama dari Ibu/Bapa.


Pertambahan ilmu selaras dengan peningkatan keyakinan. 


Apabila ilmu yang kita pelajari meningkat maka keyakinan,
insyaAllah secara otomatik akan meningkat. Dalam konteks
yang lebih umum, ilmu dari pengalaman dan praktikal memberi
kesan yang lebih mendalam.

Saya ada rakan yang terlibat dalam dunia perniagaan. Beliau pernah
berkata kepada saya. Dalam beliau melatih staf-staf baru, beliau
memberi ruang dan peluang untuk mereka membuat perkara-perkara
yang beliau dapat buat dengan baik, contohnya dalam menulis surat
rasmi. Apabila staf beliau menulis surat tersebut buat kali pertama,
banyak kesilapan yang dilakukan, tetapi beliau tetap sabar mengajar dan
memperbaiki kesilapan staf tersebut. Pelaburan beliau dengan mendidik
staf tersebut akhirnya membawa hasil apabila, staf beliau sudah mendapat
kemahiran dan keyakinan untuk menyelesaikan tugasan menulis surat rasmi.

Memberi ruang dan peluang untuk murid-murid membina keyakinan diri


Sebagaimana kisah di atas, Ibu/Bapa mesti menyediakan room for error
buat anak-anak mereka. It's ok if they didn't get it right for the 1st time ,eventually
the time will come. Berikan mereka ruang dan peluang.



Friday, November 18, 2011


Intensif Cuti Sekolah November / Disember 2011.



Kami akan mengadakan intensif Cuti Sekolah
UPSR, PMR dan SPM, bermula dari 21 Nov - 30 Dec.

Kelas akan diadakan pada hari Isnin - Jumaat
(8.30am-10.30am)


Program Intensif Cuti Sekolah ini memberi peluang
kepada pelajar-pelajar untuk mengulangkaji semula
topik-topik dengan bimbingan guru-guru berpengalaman.


Dalam Intensif Cuti Sekolah kali ini, ulangkaji akan dibuat
secara topikal berpandukan soalan-soalan peperiksaan
UPSR dan PMR yang lepas, untuk membiasakan
pelajar-pelajar dengan format dan piawai soalan.


Pelajar-pelajar boleh memperbaiki kelemahan dalam
pelajaran dan juga menyiapkan diri untuk menghadapi
peperiksaan dengan lebih yakin.


Masa cuti sekolah ini juga dapat digunakan sebagai
satu kelebihan bagi pelajar-pelajar untuk mencapai
kejayaan cemerlang dalam peperiksaan kelak.


UPSR
Subjek: Bahasa Malaysia, English, Maths dan Science.


PMR
Subjek: Bahasa Malaysia, English, Maths dan Science.


Yuran program adalah RM240 untuk UPSR, RM300 untk PMR.

Sila hubungi saya, Hanafi di 019-6368 665 untuk keterangan lanjut.






















Friday, July 08, 2011

Seminar Kecemerlangan UPSR 2011.


Kami ingin menawarkan Seminar UPSR 2011.
Seminar tahunan yang memberi pendedahan
berbentuk teknikal pada murid-murid untuk
menghadapi UPSR dengan lebih yakin.

Seminar akan dibimbing oleh guru-guru pakar
dari sekitar Lembah Kelang. Seminar berorientasikan 
UPSR 2011 dengan format terkini. Jangan lepaskan 
peluang untuk mendapatkan tips-tips peperiksaan 
dan analisis soalan-soalan UPSR terdahulu dan 
ramalan.

Pastikan anak-anak anda mendapat maklumat
terkini sebelum memasuki dewan peperiksaan.

Butiran:

Subjek-subjek yang ditawarkan:

Bahasa Malaysia - Pemahaman dan Penulisan.
English.
Maths 
Science

Tentatif Seminar:

8am-8.30am     :  Pendaftaran
8.30am-10am   :  B.Malaysia
10am-11.30am :  English
11.30am-12pm : Kudapan
12pm-1.30pm   : Maths
1.30pm-2.30pm: Rehat/Solat/Makan Tengahari.
2.30pm-4pm     : Science
4pm                  : Bersurai 


Hari/Tarikh        :  Sabtu, 23 Julai 2011
Masa                :  8pagi-4 petang
Tempat             :  Pusat Tuisyen Harmoni Gemilang
                           No.19A, Jalan Wangsa Melawati 4,
                           Wangsa Melawati, 53300 KL.
Yuran               :   RM120 atau RM100 untuk pendaftaran berkumpulan,
                            5 orang murid atau lebih.
Adik-adik boleh juga memilih pakej Skor A @ Tuisyen Harmoni,
untuk persiapan bersistematik dan menyeluruh.

Sila hubungi kami di 03-4142 9544 atau Hanafi di 019-6368 665.


Thursday, July 07, 2011


Peperiksaan:  Antara kerisauan, tekanan dan penentuan potensi diri.

Peperiksaan adalah satu  sistem ujian bagi menentukan 
sama ada seseorang pelajar mencapai tahap yang diinginkan 
apabila mempelajari sesuatu silibus dalam subjek tertentu.

Bagi kebanyakan pelajar, peperiksaan adalah masa yang amat 
mencemaskan, kerana masa yang singkat tersebut menguji sejauh 
mana kefahaman mereka bertitik tolak dari sikap pembelajaran, 
usaha berterusan dan keberkesanan kaedah pembelajaran mereka.

Namun peperiksaan adalah penting bagi memastikan potensi 
akademik mereka dikesan dan disalurkan pada saluran yang sesuai.
Keputusan peperiksaan yang cemerlang sering dikaitkan dengan 
peluang pendidikan yang lebih baik dimasa depan. Sama ada sekolah 
berasrama penuh, universiti atau mendapat biasiswa.

Jadi adik-adik fokuslah matlamat kalian dan teruslah berusaha.

Berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ketepian,
bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang kemudian.


Monday, July 04, 2011


Pakej Skor A UPSR @ Tuisyen Harmoni


Kami menawarkan satu pakej komprehensif bagi 
menyediakan murid-murid untuk menghadapi
Peperiksaan UPSR 2011 yang bakal tiba.


Pakej ini terdiri dari kelas tuisyen yang 
mengambil pendekatan latih tubi dan Seminar 
Kecemerlangan UPSR yang akan dibimbing oleh 
guru-guru pakar.


Kebolehan pelajar menggabungkan kefahaman dan 
juga teknik menjawab dapat diasah dengan proses 
latih tubi. Latih tubi yang berterusan dan 
sistematik membolehkan murid-murid menguasai 
subjek dengan baik.


Dalam seminar kecemerlangan pula, murid-murid pula
akan mendapat bimbingan efektif sebelum peperiksaan 
UPSR, pendedahan pada kesilapan yang sering dilakukan 
murid, tips-tips peperiksaan dari guru-guru pakar.


Yuran biasa:
Kelas Tuisyen UPSR untuk 
bulan Julai, Ogos, September: = RM360
Seminar kecemerlangan UPSR:  =RM120
Total:                                           = RM480
Pakej Skor A UPSR = RM400.


Sila hubungi Hanafi di 019-6368 665 untuk 
keterangan lanjut.